Kuala Lumpur | Isnin – Sabtu | 9am – 6pm

5 Cara Mudah Pilih Kerusi Roda Elektrik Untuk Tersayang

Terdapat pelbagai jenis kerusi roda yang ada tersedia di pasaran Malaysia sekarang. Untuk membantu anda memilih kerusi roda eletrik yang memenuhi keperluan anda disini kami senaraikan ciri-ciri yang membantu anda memilih kerusi roda elektrik yang sesuai dengan anda.

  • Berat yang mampu ditampung

Kerusi roda elektrik mempunyai had berat yang mampu ditampung bergantung kepada jenis model. Kebanyakkan kerusi roda elektrik mampu menampung berat maksimum 120kg . Untuk model “Heavy-duty” khas dicipta untuk pengguna yang mempunyai tubuh badan yang besar mampu menampung berat maksimum 150kg. Selain itu, untuk kerusi roda yang memudahkan pengguna untuk dibawa kemana sahaja dan mudah diangkat dengan ciri-ciri yang membantu pengguna terutama nya perempuan dipanggil kerusi roda elektrik “Lightest weight” mampu menampung pengguna maksimum 120kg sahaja.

  • Dimensi

Dimensi saiz kerusi roda dapat membantu anda membayangkan saiz kerusi roda elektrik yang boleh anda pilih mengikut keselesaan anda. Kebanyakkan reka bentuk kerusi roda elektrik yang ada dipasaran direka sesuai dengan lebar pintu dan laluan penjalan kaki yang biasa digunakan. Tetapi, jika anda duduk dikawasan yang padat anda perlu menitik berat lebar kerusi roda yang akan anda gunakan.

  • Jangka Hayat Bateri

Terdapat perbezaan yang besar untuk jangka hayat bateri bergantung kepada model kerusi roda elektrik yang ada dipasaran, kebiasaannya bateri penuh anda boleh membawa diantara 10 & 25 batu perjalanan. Tapi perlu diingatkan berat penumpang, usia bateri dan laluan yang dilalui memainkan faktor perubahan jangka hayat bateri yang digunakan.

  • Kelajuan

Kelajuan sebuah kerusi roda elektrik memainkan peranan penting jika pengguna ingin menggunakan kerusi roda untuk kegunaan diluar rumah.

  • Kemudah alihan

Untuk pengguna yang aktif bergerak, anda disarankan untuk memdapatkan kerusi roda yang senang untuk dilipat dan dimasukkan ke dalam kenderaan dan mudah untuk dibuka seterusnya digunakan semula.

X
%d bloggers like this: