Kerusi Roda Elektrik Ringan Malaysia

Kerusi roda elektrik merupakan alatan kesihatan yang menjadi pilihan ramai pengguna kerusi roda kerana ringkas dan mudah untuk digunakan.

Terdapat pelbagai jenis, warna dan fungsi kerusi roda elektrik yang ada dipasaran. Pengguna boleh memilih mengikut keperluan, kesesuaian, serta bajet pengguna.

Berat sebuah kerusi roda elektrik boleh mencapai antara 15kg sehingga 30kg. Pengguna atau penjaga wanita serta pengguna yang ingin menggunakan kerusi roda elektrik diluar rumah amat digalakkan untuk memilih kerusi roda elektrik yang ringan. Ini kerana berat kerusi roda elektrik akan memberi banyak beban kepada pengguna dan penjaga untuk mengangkat dan menyimpan kerusi roda elektrik tersebut.

Disini kami menyenaraikan 3 kerusi roda elektrik yang ringan di Fresco Bike!

  1. Fresco Electric Wheelchair Lightest Weight Magnesium Alloy Super Lightweight Electric Wheelchair 15kg

Kerusi roda elektrik ini bukan sahaja teringan didalam pasaran tapi didatangkan sekali dengan gabungan gaya yang menarik dan memenuhi keselesaaan penggunanya. Dengan tayar yang kecil dapat memudahkan pengguna melalui jalan yang sempit didalam dan diluar rumah.

Tambahan pula,dengan ciri keselamatan menggunakan elektromagnetik yang memudahkan pengguna menggunakan kerusi roda elektrik ini dalam keadaan selamat.

2. Fresco Electric Wheelchair Lightweight (Double Controller) 15kg

Idea segar untuk reka bentuk yang menarik dan mudah dibawa. Ditambah pula dengan ciri-ciri yang akan memudahkan penjaga pengguna yang mengguna kerusi roda elektrik dengan mewujudkan dua tempat kawalan.

Dengan aksesori tambahan tempat penyandar kepala untuk memaksimumkan keselesaan pengguna.

3. Fresco Electric Wheelchair Lightweight Aluminum Airplane Motorized Wheelchair Malaysia 18.5kg

Dengan mengikut peredaran teknologi zaman kini, kerusi roda elektrik ini didatangkan dengan ciri-ciri menarik seperti bluetooth, USB dan radio yang boleh digunakan serta boleh dihubungankan dengan telifon pintar pengguna.

Didatangkan dengan dua warna menarik iaitu putih dan oren.

Kerusi roda elektrik ini sangat kompak dan mudah untuk disimpan serta dikeluarkan untuk digunakan. Dengan ciri-ciri tambahan yang menarik kerusi roda elektrik ini menjadi pilihan ramai pelanggan kami yang datang ke Fresco Bike.

Penggunaan kerusi roda elektrik sangat membantu pengguna kerusi roda dalam kehidupan seharian mereka. Walaupun terdapat pelbagai jenis kerusi roda elektrik yang ada dipasaran. Pastikan anda menjadi pembeli bijak dengan memastikan kedai yang anda pilih itu menyediakan perkhidmatan untuk membaik pulih dan menjual alat ganti kerusi roda elektrik anda.

About the Author

Leave a Reply

You may also like these

X
%d bloggers like this: