Kuala Lumpur | Isnin – Sabtu | 9am – 6pm

5 Sebab Mengapa Kerusi Roda Elektrik Fresco Bike Pilihan Utama Warga Malaysia

Apabila menyebut tentang kerusi roda, pasti kita akan terbayangkan seseorang yang sakit tenat bersusah-payah menolak kerusi rodanya secara manual. Ingatan ini amat menyakitkan,memilukan, dan kadang-kala bagi mereka yang terpaksa menggunakannya, timbul perasaan malu. Namun, bagaimana sekiranya terdapat satu rangkaian produk kerusi roda elektrik (electric wheelchair) yang canggih serta berpatutan berada di pasaran, malah boleh dimiliki dan digunakan oleh segala lapisan umur dan keperluan?

Inilah objektif utama Fresco Bike yang melunaskan idea untuk menghasilkan rangkaian kerusi roda elektrik mampu milik bagi orang ramai. Mengambil kira pelbagai aspek, berikut adalah 5 kunci kejayaan penghasilan produk mereka serta sebab mengapa kerusi roda Fresco Bike menjadi pilihan utama bagi warga Malaysia.

1.Rangkaian Harga Kerusi Roda  Elektrik Yang Berpatutan

Sekiranya anda melihat harga kerusi roda elektrik yang berada di pasaran, ia sama ada terlalu mahal hingga menyesakkan dada, atau terlalu murah hingga membuatkan anda berasa curiga. Rangkaian harga bagi kerusi roda elektrik jenama Fresco Bike adalah dalam lingkungan RM2539 hingga RM8000. Ini mengambil kira peningkatan harga seiring dengan berat , fungsi , kualiti buatan, dan jaminan.

Tidak percaya? Bandingkan dengan kerusi roda elektrik sedia ada di pasaran. Ada yang memiliki fungi kurang daripada jenama Fresco Bike namun dijual pada harga melebihi RM10,000. Ada yang dijual pada harga yang amat rendah namun tempoh jaminan yang amat pendek. Dapatkah anda meletakkan keyakinan anda pada produk-produk sebegitu?

Fresco Bike juga menyediakan khidmat pembayaran ansuran bagi meringankan beban mereka yang memerlukan kerusi roda elektrik namun tidak berkemampuan.  Boleh berbincang dengan staf di kedai atau menghubungi mereka di mana-mana platform untuk pengetahuan lanjut. Promosi dan diskaun juga diadakan dari semasa ke semasa, maka ikutilah mereka di semua laman sosial media untuk menangkap peluang tersebut!

2. Jaminan Tahan Lama

Kualiti sesuatu produk boleh dilihat melalui ketahanannya, dan ketahanannya boleh dibuktikan melalui tempoh jaminan. Berbanding kerusi roda elektrik lain yang berada di pasaran, di mana anda boleh lihat cuma menawarkan jaminan beberapa bulan sahaja, Fresco Bike memberi jaminan sehingga 1 tahun untuk motor kerusi roda elektrik mereka! Inilah keyakinan Fresco Bike akan kepuasan pelanggan terhadap kerusi roda elektrik mereka.

Tambahan itu, jaminan yang lama ini merangkumi penggantian bahagian seandainya ada yang rosak sewaktu penggunaan hingga 6 bulan. Ini adalah risiko yang sering cuba dielakkan oleh penjual lain kerana tidak yakin akan keutuhan produk mereka, namun tidak untuk Fresco Bike.

Motor kerusi roda elektrik Fresco Bike direka bentuk agar lebih mudah alih dan bertahan lama. Kebanyakan bateri kerusi roda Fresco Bike boleh dicas terus di kerusi , dan untuk beberapa model, ia juga boleh diasingkan. Ada yang mempunyai kawalan berwayar dan dicas sekali, atau alat kawalan wireless yang menggunakan  bluetooth.

3.Pelbagai Pilihan Warna, Reka Bentuk, dan Fungsi

Kebanyakan kerusi roda elektrik dihasilkan secara lambakan dan hanya mengambil kira kegunaan asas. Tetapi, jika difikirkan semula, sedangkan manusia terdapat pelbagai ragam dan berbeza keperluan, mana mungkin one size fits all. Mengambil kira faktor ini, terdapat beberapa kerusi roda khusus dalam rangkaian produk Fresco Bike. Antaranya ada yang sesuai untuk kanak-kanak cerebral palsy, dan ada yang sesuai untuk mereka yang memiliki berat melebihi 100kg. Bukan itu sahaja, terdapat juga kerusi yang boleh dibaringkan (reclining) bagi mereka yang sering keletihan.

Seperti banyak peralatan lain, sesuatu benda bertambah nilainya apabila mempunyai pilihan warna. Ia menjadikannya unik, boleh dikatakan sebagai sampingan suatu fashion statement. Selain itu, kerusi roda elektrik Fresco Bike dihasilkan menggunakan rangka badan keluli magnesium (magnesium alloy), bahan buatan yang ringan namun amat kukuh. Ia amat dikenali sebagai bahan buatan yang lebih kukuh berbanding besi biasa.

Ingin mengembara namun risau kekangan pergerakan kerana menggunakan kerusi roda ? Tidak perlu risau, kerana  rangkaian kerusi roda elektrik mereka amat mudah untuk dibawa ke mana-mana, mudah dimasukkan ke dalam kereta, serta mesra-kembara (travel-friendly). Contohnya, model kerusi roda elektrik FRH001Xlight mempunyai berat 18kg sahaja (berbanding 25kg berat lazim bagi model-model ringan yang lain), serta boleh dilipat. Ia amat sesuai diguna untuk mengembara atau bagi mereka yang ingin berdikari namun tidak memiliki kudrat yang kuat untuk mengendali model-model yang lebih berat.

Model CPW258 pula khusus untuk kanak-kanak cerebral palsy.  Tempat duduknya mesra kanak-kanak dan boleh diasingkan untuk diletakkan di tempat duduk belakang kereta tanpa perlu bersusah-payah memindahkan mahupun mengeluarkan anak anda. Model ini just mesra ibu bapa dengan menyediakan tempat letak barang di belakang kerusi serta meja makan yang boleh dipasang. Oleh itu, tiada kerisauan untuk menjaga mereka.

Bagi mereka yang gemar bersukan, terdapat kerusi roda elektrik hibrid yang tahan lasak serta mempunyai rim berdiameter 24 inci, memberikan lebih stabiliti dalam mengemudi kerusi mereka. Rim yang lebih lebar juga memudahkan pengendalian brek secara mendadak.

4. Perkhidmatan Pelanggan Terbaik dan Proses Tempahan Yang Amat Mudah

Antara faktor pengalaman menggunakan sesuatu produk adalah perkhidmatan pelanggan sebelum, semasa, dan selepas pembelian. Mengutamakan keselesaan serta prinsip mesra pelanggan, Fresco Bike menyediakan perkhidmatan secara offline dan online.

Selain khidmat staf di kedai fizikal , Fresco Bike boleh dihubungi melalui laman “Hubungi Kami” KerusiRodaElektrik.com  dan di laman Facebook Fresco Bike.  Staf-staf mereka juga sedia menjawab persoalan di pelbagai platform seperti laman jualan Fresco Malaysia, Lazada, dan Shopee.

Tambahan pula, sejajar dengan arus pemodenan dan dunia perniagaan digital, keterbukaan mereka untuk mengadaptasi melalui e-commerce bermakna amat mudah untuk melakukan urusan jual beli. Sekiranya anda telah biasa menggunakan platform-platform beli-belah online seperti Shopee, Lazada, Lelong, serta Facebook Marketplace, pembelian kerusi roda elektrik kami boleh juga dibeli secara langsung melalui mereka. Tidak perlu risau melalui orang tengah, tidak perlu risau jaminan yang diberi berbeza.

Produk yang sama, kelebihan yang sama, platform yang berbagai!

5. Diperakui Ramai Pengguna Tempatan Sebagai Kerusi Roda Elektrik Terbaik Malaysia

Kerusi roda elektrik jenama Fresco Bike sebenarnya bukanlah nama yang baru dalam industri peralatan kesihatan dan kegunaan harian. Malah, Fresco Bike telah mengumpul banyak testimonial daripada pelanggan-pelanggan yang amat berpuas hati terhadap kualiti produk serta perkhidmatan pelanggan. Malahan, di platform-platform jualan lain, anda dapat melihat produk kami sering mendapat 5 bintang daripada pelanggan-pelanggan yang telah membeli kerusi roda elektrik keluaran Fresco Bike.

Anda boleh lihat testimonial-testimonial pelanggan kami di laman. Rata-rata amat berpuas hati dan mengatakan produk-produk kami memudahkan hidup mereka. Tiada diskriminasi, setiap pelanggan akan diberi layanan VIP. Malahan, ada yang sanggup merentas negeri demi mendapatkan kerusi roda elektrik Fresco Bike serta menikmati perkhidmatan selepas pembelian.

Terdapat banyak jenama kerusi roda elektrik di Malaysia, namun jelas, dengan lima sebab di atas, kerusi roda elektrik Fresco Bike mengungguli industri. Untuk membuat pilihan dengan lebih tepat, anda boleh melayari laman Facebook Fresco Bike serta melihat model-model sedia ada di laman jualan Fresco Malaysia.

X
%d bloggers like this: