Kuala Lumpur | Isnin – Sabtu | 9am – 6pm

Memilih Kerusi Roda Elektrik Yang Sesuai

Pemilihan kerusi roda elektrik yang pertama memerlukan penelitian daripada pelbagai aspek. Pilihan yang salah boleh mengakibatkan kos yang lebih tinggi dalam jangka masa panjang, disebabkan dari segi pembaikian, kerugian masa yang lebih banyak dihabiskan untuk dibaiki berbanding diguna, lalu berakhir dengan penyesalan. Harga, kekerapan penggunaan, situasi dan keadaan tempat, keupayaan penggunanya, jenis peralatan seperti bahan buatan dan bateri, serta cara kawalan.. Berikut adalah keadaan-keadaan serta ciri-ciri kerusi roda elektrik yang bersesuaian yang patut diambil kira.

Indoor (kerap di dalam rumah) 

Sekiranya kebanyakan masa dihabiskan dalam rumah, maka kerusi roda elektrik biasa sahaja mencukupi. Ia lebih baik berbanding kerusi roda manual yang keras dan sukar untuk menyelit, kerana ia memiliki alat kawalan yang tidak memerlukan tenaga yang banyak serta mudah digerak-gerakkan.

Walaupun begitu, ini tidak bermakna kita boleh leka dengan pemilihan dan penjagaan kerusi roda elektrik kita. Jangan lupa, tekstur lantai yang berbeza boleh mempercepatkan kehausan bunga tayar. Memilih kerusi roda elektrik bukan saja tertakluk kepada model dan fungsi, namun perkhidmatan selepas pembelian juga. Fresco Bike memberikan jaminan tempoh lama untuk membaiki serta menggantikan bahagian-bahagian kerusi agar situasi begini dapat diselesaikan dengan mudah.

Kurangkan masa dihabiskan untuk membaiki kerusi roda elektrik anda, lebihkan masa untuk melalui hari-hari dengan sebaiknya.

Berkeupayaan Lemah dan Cepat Letih

Walaupun adalah stereotaip bahawa pengguna kerusi roda hanyalah mereka yang kurang upaya serta lemah, namun penghasilan kerusi roda elektrik menitikberatkan juga bagi mereka sememangnya yang tidak mempunyai kudrat yang kuat. Dibandingkan dengan kerusi roda manual yang berat serta meletihkan untuk menolak roda sepanjang masa, kerusi roda elektrik jenama Fresco Bike dihasilkan dengan keluli magnesium (magnesium alloy), bahan buatan yang lebih kukuh dan tahan karat, tetapi amat ringan berbanding besi biasa. Tambahan pula, dengan alat kawalan sama ada jenis berwayar atau tanpa wayar (menggunakan bluetooth)

Selain itu, bagi mereka yang cepat sakit pinggang akibat duduk terlalu lama, terdapat model kerusi roda elektrik boleh baring ( reclining motorized wheelchair) serta model-model yang menyokong fungsi  mengubah  sudut kedudukan alas belakang sekiranya tidak mengingini baring sepenuhnya.

Bagi sesetengah usia juga, kecenderungan untuk sakit-sakit otot dan sendi menjadikan pengalaman menggunakan kerusi roda manual satu mimpi ngeri. Apabila kerap perlu menolak roda kerusi, bleh mengakibatkan adhesive encapsulitis atau lebih dikenali sebagai frozen shoulder, kesihatan di bahagian sendi bahu yang menghadkan pergerakan bahu.

Mempunyai Penyakit Khusus

Ada beberapa keadaan pengguna yang memerlukan reka bentuk khas bagi mendapatkan kerusi roda elektrik yang selesa dan bersesuaian. Antaranya adalah keadaan di mana penggunannya adalah seorang warga emas, memiliki berat badan melebihi 100kg, serta kanak-kanak cerebral palsy, iaitu penyakit yang mempengaruhi keupayaan pergerakan motor dan pengawalan keseimbangan badan tahap kekal.

Mereka tidak sepatutnya diberikan kerusi roda biasa yang mungkin membahayakan nyawa mereka, tetapi dihadiahkan dengan kerusi roda elektrik berekabentuk khusus. Kerusi roda elektrik yang khusus bukan sahaja membantu memudahkan pergerakan mereka dalam kehidupan seharian, malah mengurangkan kecenderungan untuk risiko sepanjang penggunaan, dan mereka dapat menumpukan lebih tenaga untuk melakukan lebih daripada yang lazimnya.

Lincah , Lasak Gemar Berekreasi

Adalah satu pandangan yang salah bahawa mereka yang berkerusi roda tidak mampu beriadah (pernahkah anda mendengar mengenai acara kesukanan Paralimpik? )  Bagi yang gemar berekreasi dan lasak, kerusi roda elektrik hibrid adalah yang terbaik untuk mereka. Disertakan dengan kedua-dua kawalan automatik dan manual, serta beroda belakang saiz 24 inci yang mudah dikendalikan dari posisi duduk dan meningkatkan keseimbangan, akan berkurang kerisauan akan pengguna mengalami kemalangan atau kecederaan.

kemudahn yang disediakan bukan sahaja dari segi pengendalian. Ia juga mengambil kira  perjalanan kehidupan seharian. Ada model yang memiliki ruang poket meletakkan dokumen, alas duduk tambahan, serta  boleh dilipat dan disimpan di ruangan kecil. Ia mudah untuk dibawa ke mana-mana dan kurang impak dari segi penggunaan ruang, tenaga, dan kurang kesulitan untuk mengembara.

Usia

Kanak-kanak mempunyai kekangan dari segi keupayaan badan berbanding seorang dewasa, maka tidak wajar mereka diberikan peralatan yang tidak sesuai dengan binaan badan mereka. Cuba anda lihat, panjang tangan seorang kanak-kanak berumur 10 tahun sangat berbeza dengan seorang dewasa berumur 30 tahun. Sedangkan memberi mereka memakai pakaian orang dewasa menyebabkan mereka mudah tergelincir dan jatuh, bagaimana pula kerusi roda yang besar dan keras untuk dikendali, selamatkah?

Mengikut umur, ada kerusi roda elektrik yang disediakan dengan tempat duduk yang boleh dicabut dan diletakkan di kerusi belakang kereta. Reka bentuk kerusi roda elektrik untuk kanak-kanak juga lazimnya lebih ringan, bersaiz kecil, dan disediakan beberapa aksesori seperti meja yang boleh dicabut dan dipasang semula. Warna-warna yang digunakan juga adalah warna yang terang dan menarik mata jiwa muda, agar dapat memotivasikan mereka dengan lebih lagi dan menceriakan hari mereka.

Bagaimana pula untuk warga emas? Adakah mereka terus dikategorikan sebagai dewasa dan menggunakan kerusi roda biasa, atau ada kerusi roda untuk orang tua? Ya, ada. Fikirkan, tenaga seorang pakcik berumur 50 tahun adalah sangat berbeza dengan seorang jejaka dewasa muda berumur 25 tahun. Malahan, pembinaan kolagen dan ligamen mereka telah berkurangan, menjadikan mereka lebih mudah untuk sakit-sakit sendi. Ini lebih mudah menjadi satu kesakitan tetap apabila sendi-sendi asyik bergeseran, mengeringkan rawan di antaranya.  

Maka apa salahnya mereka dihadiahkan dengan sebuah kerusi roda elektrik yang canggih pada usia ini? Setelah berpenat-lelah di usia muda, tidak salah memberi ganjaran terhadap diri sendiri dengan sebuah kerusi roda elektrik untuk dibawa ke mana-mana, untu menghirup udara segar mahupun membeli barangan runcit.

Kehidupan Berkerjaya

Ramai yang memikirkan bahawa mengguna kerusi roda, apatah lagi kerusi roda elektrik, akan menyukarkan kehidupan seharian di tempat kerja.  Dengan kesukaran untuk mengemudi dan menolak kerusi roda di celah-celah laluan, asyik berlanggar dengan kerusi dan meja, menghalang laluan staf-staf lain, atau menjadi bahan sindiran rakan tempat sekerja, pelbagai stigma dan fikiran buruk yang sering muncul apabila memikirkan bahawa perlu mengguna kerusi roda sekarang.  Itu sebelum mengenali pilihan yang banyak  di pasaran.

Kerusi roda elektrik dibina sebagai satu evolusi dari kerusi roda biasa, dengan memberi fokus kepada kemudahan dan  kesesuaian rupa. Kini, ia dihasilkan dalam pelbagai reka bentuk yang menarik hati serta menepati banyak situasi, termasuk di tempat kerja. Ada yang dihasilkan dengan bateri yang bertahan dua kali ganda lebih lama berbanding yang lain, ada yang dihasilkan dengan kulit alas belakang serta tempat duduk yang menyejukkan serta kalis peluh. Terdapat juga pilihan daripada segi warna rangka, boleh dilipat atau dibaringkan, malah jenis alat kawalan. 

Kini, kerusi roda elektrik boleh diletakkan sama taraf dengan gajet canggih terkini, baik dari segi kualiti dan pemilikan. Tidak ada jauh bezanya dengan trend memiliki kerusi gaming, komputer riba, mahupun sistem hiburan terbaru.

Ini adalah faktor-faktor pemilihan kerusi roda elektrik yang sering diabaikan pembeli sehinggalah ia menjejaskan kehidupan seharian mereka melalui pemilihan yang salah. Tetapi seandainya anda telah peka akan perkara ini, adalah mustahil anda akan membuat pilihan yang salah. Seandainya ada lagi persoalan dalam membuat keputusan, boleh menghubungi mana-mana staf Fresco Bike di kedai mereka di Kuala Lumpur, di laman web KerusiRodaElektrik.com, atau di laman Facebook mereka (Fresco Bike), dan mereka akan membantu membimbing anda untuk memilih kerusi roda elektrik terbaik untuk anda.

X
%d bloggers like this: