Penyelesaian untuk Pesakit Lumpuh : Kerusi Pemindahan Elektrik untuk Pesakit yang Lumpuh

(Patient Lift Shifting Paralyzed Electric Transfer Chair)

Pernah tak terfikir bagaimana agaknya pesakit-pesakit yang lumpuh sepenuh atau separuh badan bergerak? Kebanyakkan yang dapat kita lihat adalah mereka menggunakan kerusi roda manual, kerusi roda elektrik dengan bantuan orang lain untuk bergerak. Kali ini artikel ini akan menerangkan tentang produk baru kami yang direka khas sebagai alat yang berguna untuk memudahkan penjagaan pesakit yang lumpuh terutamanya yang tidak mampu bergerak langsung. Produk ini ialah KERUSI PEMINDAHAN ELEKTRIK UNTUK PESAKIT YANG LUMPUH (Patient Lift Shifting Paralyzed Electric Transfer Chair).

Setelah beberapa artikel yang telah diberi penerangan tentang kerusi roda elektrik, kali ini kami akan menerangkan dengan lebih mendalam tentang produk baru ini dimana ianya sangat berguna untuk kehidupan seharian sekiranya anda adalah seorang penjaga pesakit lumpuh terutamanya.

Menjaga pesakit yang lumpuh merupakan satu tugas mulia dan memerlukan kesabaran yang cukup tinggi selain daripada kekuatan mental dan fizikal. Kerana ampuhnya pemikiran pesakit apabila merasakan mereka menjadi bebanan kepada ahli keluarga sendiri. Ramai yang berada dalam keadaan dilema apabila terpaksa menjaga pesakit dan juga adakalanya ia memenatkan. Produk terbaru “Lift Shifting Electric Chair” yang berada dipasaran adalah satu penyelesaian dan juga alat bantuan yang sangat-sangat diperlukan oleh penjaga dalam menguruskan pesakit. 

Kerusi Elektrik Pemindahan Pesakit Lumpuh Fresco Malaysia

SIAPA YANG MEMERLUKAN KERUSI PEMINDAHAN ELEKTRIK ?

Kerusi pemindahan elektrik ini mempunyai fungsi yang berlainan dari kerusi roda elektrik yang biasa, apabila seorang pesakit/pengguna ingin bergerak daripada katil misalnya ke tandas, mereka memerlukan tenaga penjaga untuk mengangkatnya dari katil ke kerusi roda. Jadi fungsi kerusi pemindahan elektrik ini adalah sebagai satu alat sokongan yang membantu penjaga memindahkan pesakit dari satu tempat ke tempat yang lain dengan menggunakan tenaga yang minimum.

Antara orang yang memerlukan kerusi pemindahan elektrik ini ialah :

  • Pesakit yang lumpuh sepenuh/separuh badan
  • Warga Emas yang kurang kekuatan badan
  • Orang kelainan upaya (hilang keupayaan badan)
  • Pesakit yang mempunyai masalah tulang belakang (spinal chord)
  • Pesakit yang dalam proses pemulihan dan memerlukan bantuan pergerakan dengan cara yang selamat.
  • Penjaga

Untuk memindahkan pesakit dari tempat ke satu tempat yang lain, adakalanya agak sukar dan memerlukan lebih dari 2 orang penjaga. Jadi dengan adanya kerusi pemindahan yang menggunakan kuasa elektrik ini, ia lebih selamat dan juga memudahkan urusan penjagaan pesakit.

BACA JUGA : JENIS KERUSI RODA ELEKTRIK MUDAH ALIH

MENGAPA KERUSI PEMINDAHAN ELEKTRIK INI BERGUNA?

Mungkin anda terfikir, mengapa alat ini menjadi satu keperluan? Boleh sahaja jika anda sebagai penjaga atau jururawat mengangkat pesakit untuk kemana-mana seperti tandas, meja makan, bilik tidur dan lain-lain tempat. Mengapa?

  • Memudahkan Penjaga 

Jawapannya ialah kerusi pemindahan elektrik ini dicipta bagi memudahkan penjaga yang mengendalikan pesakit yang lumpuh dan tidak mampu bergerak sendiri tanpa memerlukan tenaga yang banyak terutamanya apabila pesakit ingin melakukan aktiviti harian seperti membuang air, mandi, makan, bersiar-siar dan banyak aktiviti lain. Anak-anak yang sering menguruskan orang tua mereka juga boleh menikmati manfaat dari kerusi pemindahan elektrik ini.

  • Mengelakkan Kecederaan Lain

Selain itu, bagi pesakit strok contohnya, untuk mengangkat pesakit memerlukan teknik yang betul kerana jika penjaga mengangkat pesakit strok dengan teknik yang salah, maka penjaga boleh mendatangkan kecederaan kepada pesakit dan juga penjaga itu sendiri. Jika kedudukan postur badan penjaga tidak menggunakan teknik yang betul, boleh menyebabkan pesakit terjatuh ataupun penjaga mengalami pergerakan yang mengejut sekaligus mengakibatkan sakit tulang. 

  • Boleh Meminimumkan Bilangan Penjaga Yang Diperlukan

Bagi pesakit yang mempunyai berat badan yang berlebihan, adakalanya untuk mengendalikan pesakit bergerak, memerlukan 2 orang penjaga untuk mengangkat, menukar posisi dan juga bergerak. Jika kerusi pemindahan elektrik ini ada, ia akan banyak membantu dan hanya seorang penjaga sahaja mencukupi untuk mengendalikan pesakit. Ianya lebih praktikal, selamat dan memudahkan kedua-dua pihak. Kos penjagaan juga dapat dikurangkan dengan lebih efektif.

  • Selesa

Sebagai pesakit, adakalanya berada dalam keadaan yang tidak selesa apabila diangkat secara fizikal dan kedudukan pesakit kadangkala memberikan rasa kurang selesa namun pesakit kebanyakannya hanya memendam rasa demi menjaga maruah mereka dan tidak mahu merasa seperti satu bebanan.  Oleh sebab itu apabila kurangnya sentuhan yang memerlukan pesakit sentiasa diangkat, adalah lebih baik untuk kedua-dua belah pihak terutamanya jika penjaga adalah orang yang bukan dari kalangan ahli keluarga.

  • Menjadikan Pesakit Lebih Selesa Berada Bersama Keluarga

Adakalanya sesetengah pesakit memilih untuk berada di pusat penjagaan berbanding keluarga sendiri kerana tidak ingin merasa seperti satu bebanan dan juga kemudahan di pusat perjagaan lebih lengkap. Jadi kerusi elektrik pemindahan ini menjadikan urusan menjaga pesakit lebih mudah dan dengan alat sokongan yang betul boleh membuatkan pesakit mendapat layanan yang serupa walaupun berada dirumah sendiri.

Contoh kerusi elektrik pemindahan pesakit

SPESIFIKASI KERUSI PEMINDAHAN ELEKTRIK UNTUK PESAKIT FRESCO 

Kegunaan Kerusi Pemindahan Pesakit Elektrik ini beroperasi secara ringkas dimana ianya boleh di laraskan mengikut ketinggian pesakit yang berbeza. Keadaan mobiliti kerusi ini juga boleh mengikut kesesuaian berat pesakit, ketinggian pergerakan dengan dilengkapi ciri-ciri keselamatan yang penting buat pesakit.

Kerusi Pemindahan Elektrik Fresco ini mudah dikendalikan dan mudah dibuka sesuai dengan semua jenis bentuk badan sofa yang lembut. Kerusi ini mampu menampung berat sehingga 150 kg dengan ketinggian maksimum 250mm. Ianya lebih selesa, mudahkan pergerakan dan juga selamat. Kerusi pemindahan elektrik ini juga direka khas untuk menggabungkan dengan perabut dirumah seperti sofa, meja makan, katil dan juga tandas jenis duduk.

KELEBIHAN 

  • Kerusi Elektrik Pemindahan ini dipertingkatkan dengan beberapa bahagian yang kalis air. (Penutup kalis air)
  • Pusat Kawalan secara elektrik dimana penjaga boleh melaraskan ketinggian semasa mengalihkan pesakit.
  • Mempunyai sokongan yang baik untuk mengangkat pesakit menggunakan pengangkat hidrolik elektrik.
  • Direkabentuk dengan kemas untuk memegang badan pesakit semasa mengalihkan pesakit dimana ianya akan lebih selesa dan pesakit berasa lebih selamat.
  • Tali pinggang yang disediakan boleh dibuka mengikut keperluan semasa pada waktu yang berbeza.
  • Membantu pada bila-bila masa sahaja dan juga menjadikan penjagaan pesakit lebih efisien. 
  • Mempunyai teknologi penjagaan yang sempurna dan dapat mengurangkan risiko penjagaan serta mengelakkan kecederaan lain kepada pesakit sewaktu dipindahkan.
  • Menambahbaik kualiti dalam hidup pesakit dan juga membuatkan pesakit lebih merasa lebih aman tanpa memberikan tekanan kepada pesakit apabila merasakan proses penyembuhan mereka menjadi satu bebanan kepada penjaga.
  • Mudah untuk memindahkan pesakit daripada katil ke tandas dengan lebih selesa.

SPESIFIKASI 

  • Voltan : 24 volt
  • Kuasa : 100w/2A
  • Jarak Ketinggian Pengangkat : 250mm
  • Berat Bebanan : 150kg
  • Saiz : 89 x 58 x 35cm
  • Berat Kerusi : 45kg

PERINGATAN YANG PERLU DIBERI PERHATIAN

  • Semasa mengalihkan pesakit, sila pastikan tangan pesakit tidak berasa di bawah kerusi semasa melaraskan ketinggian
  • Selain itu, perkara yang dilarang untuk dilakukan adalah apabila Kerusi Pemindahan Elektrik sedang beroperasi, apabila ada sesuatu objek yang menghalang, jika tidak ia akan merosakkan kerusi pemindahan elektrik tersebut.
  • Elakkan dari kanak-kanak bermain untuk mengelakkan sebarang kecederaan
  • Untuk penjagaan bateri pula, ia perlu di cas sekurang-kurangnya sekali dalam masa sebulan minimum.
Mudah untuk dipasang dan dibuka

KELEBIHAN KERUSI PEMINDAHAN ELEKTRIK UNTUK PESAKIT YANG LUMPUH (DARI FRESCO MALAYSIA) (Patient Lift Shifting Paralyzed Electric Transfer Chair)

  1. ALAT INI MUDAH DIKENDALIKAN

Dilengkapi dengan baju rompi (vest) serta tali pinggang yang selesa bagi semua peringkat umur serta boleh dilaras mengikut bentuk tubuh serta ketinggian pesakit. Direka dengan material yang berkualiti sehingga mampu menampung 150kg berat dan juga mempunyai alas silikon yang kalis air.

  1. LEBIH BERKUASA

Mempunyai 2 kali kuasa motor elektrik memberikan tenaga yang mencukupi semasa  dikendalikan di bahagian pengangkat hidraulik elektrik untuk memudahkan mengangkat serta menurunkan pesakit semasa proses pengalihan.

  1. KALIS AIR DI BAHAGIAN TERTENTU

Ada beberapa bahagian yang dilitupi oleh penutup yang kalis air antaranya ialah di bahagian kawalan dimana ia dilindungi dengan plastik silikon. Namun diingatkan bahawa produk ini bukanlah sepenuhnya kalis air hanya bahagian tertentu sahaja.Selain itu bahagian pengecasan bateri juga mempunyai penutup yang kalis air.

  1. MUDAH DIPASANG DAN DIBUKA

Kerusi elektrik pemindahan ini juga mudah dipasang dan mudah dibuka untuk menyimpan di ruang yang kecil. Tidak memerlukan proses memasang dan membuka yang rumit dan mengambil masa yang sekejap sahaja.Dengan kerusi yang mempunyai permukaan sofa yang lembut,ia memberikan keselesaan kepada pesakit.

  1. BATERI

Kerusi elektrik untuk pemindahan pesakit ini menggunakan bateri jenis Lithium yang lebih ringan dimana ia sudah pun dipasang didalam panel kawalan yang kalis air, bermakna anda hanya perlu cas sahaja sehingga penuh bateri dan boleh digunakan dengan lebih efisien. Bateri juga didatangkan dengan jaminan selama 6 bulan dan kerusi elektrik (bingkai, suis kawalan dan tayar) mempunyai jaminan selama 1 tahun. Kelebihan bateri lithium disini.

KESIMPULAN

Jadi secara kesimpulannya, mempunyai pesakit yang terlantar atau lumpuh bukanlah sesuatu yang diingini oleh sesiapa sahaja. Ianya hadir sebagai ujian kepada seseorang lebih-lebih lagi apabila melibatkan orang yang disayangi. Pesakit sendiri diuji dengan sakitnya, ujian itu juga adalah untuk ahli keluarga yang lain. Untuk mewujudkan kemudahan dan keselesaan untuk penjagaan pesakit, banyak alat yang direka untuk memberikan kemudahan supaya penjagaan rapi dapat dilakukan sendiri oleh ahli keluarga.

Adalah terbaik jika anda boleh menyediakan alatan sokongan seperti KERUSI ELEKTRIK PEMINDAHAN ini kepada pesakit atau ahli keluarga anda yang sangat memerlukan bantuan penjagaan dari anda atau pembantu. Banyak kelebihan dan juga keselesaan yang ditawarkan dimana ia adalah satu alatan yang membuatkan anda lebih selesa menjaga pesakit, dan pesakit juga lebih selesa kerana mereka dapat mengurangkan perasaan terasa seperti satu bebanan kepada keluarga. 

Artikel Lain :

5 Cara Mudah Pilih Kerusi Roda Elektrik Untuk Tersayang

5 Sebab Mengapa Kerusi Roda Elektrik Fresco Bike Pilihan Utama Warga Malaysia

Mak, Saya Nak Hadiahkan Kerusi Roda Elektrik Untuk Mak!

About the Author

Leave a Reply

You may also like these

X
%d bloggers like this: