3 Jenis Kerusi Mudah Alih untuk Pemindahan Pesakit (Manual, Semi Automatik dan Automatik) dan Perbezaannya

Bagi anda yang menggalas tanggungjawab sebagai penjaga kepada pesakit yang hilang upaya dan memerlukan bantuan sepenuhnya untuk bergerak. Kini anda boleh menarik nafas sedikit lega dengan bantuan Produk Terbaru Dari Fresco Bike yang mempunyai 3 pilihan Kerusi Mudah Alih Untuk Memindahkan Pesakit  dengan bantuan minimum dari anda.

Disini kami akan menerangkan serba sedikit secara ringkas dan padat dengan maklumat berkenaan 3 jenis Kerusi Mudah Alih Untuk Memindahkan Pesakit dan perbezaannya. 3 Jenis produk ini ialah :

  1. Shifting Commode Wheelchair Moving Transfer Chair (Manual)
  2. Electric Transfer Chair Powered Nursing Transfer (Auto)
  3. Shifting Commode Transfer Chair Premium (Semi Auto)

Ketiga-tiga produk ini adalah produk terbaru yang dihasilkan daripada Fresco Malaysia untuk tujuan yang sama iaitu untuk membantu mengalihkan pesakit dengan cara yang selesa disamping dapat membantu meringankan tugas penjaga pesakit dengan lebih selamat. Dengan adanya produk ini, pesakit akan merasa lebih selesa dan selamat dimana penjaga juga tidak perlu lagi berasa risau untuk menguruskan pesakit terutamanya ahli keluarga atau ibu bapa tersayang di rumah sendiri.

  • Shifting Commode Wheelchair Moving Transfer Chair (Manual)

Kerusi Mudah Alih Untuk Mengalihkan Pesakit ini jenis manual di mana anda perlu melaraskannya mengikut ketinggian secara manual dengan tuil yang ada. Kerusi ini didatangkan dengan 2 batang rod besi , 1 kusyen duduk, panel kerusi kiri dan kanan, bekas tanda

s dan juga penyangkutnya serta tapak kerusi tempat duduk yang dilengkapi dengan roda dan tempat letak kaki.

Kerusi ini mudah dipasangkan (seperti yang ditunjukkan di dalam video dibawah) dan ikuti langkah-langkah seperti ini.

  • Masukkan rod besi kedalam lubang yang ada di tapak kerusi tersebut kiri dan kanan
  • Pasangkan skrunya disebelah bawah kiri dan kanan rod besi dan ketatkan skru tersebut
  • Masukkan panel kerusi di sebelah kiri diikuti dengan sebelah kanan
  • Alihkan penyumbat (berwarna hitam) sebelum memasangnya.
  • Masukkan semula penyumbat tersebut mengikut keselesaan pesakit
  • Buat di kedua-dua belah panel kerusi tersebut
  • Kemudian pasangkan penyangkut dibawah panel kerusi tersebut
  • Letakkan bekas tandas di kedudukan yang disediakan dibawah kerusi
  • Pasangkan skru dan ketatkan dengan rapi
  • Kunci panel kerusi dibelakang untuk keselamatan
  • Kunci kerusi dibelakang juga
  • Dan ia sudah boleh digunakan secara manual

Kerusi ini boleh bergerak 360 darjah pusingan tayarnya untuk memudahkan pergerakan.

  • Shifting Commode Transfer Chair Premium (Semi Auto)


Kerusi Mudah Alih Untuk Pemindahan Pesakit yang kedua ialah beroperasi secara semi automatik. Cara penggunaannya ialah dengan membuka kerusi daripada kuncinya untuk mengangkat pesakit secara mudah. Apabila panel kerusi dibuka, letakkan di sudut tepi kiri dan kanan pesakit dan kunci tayarnya supaya tidak bergerak.Angkat sedikit pesakit dan letakkan di kedudukan panel kerusi dengan cermat supaya pesakit selesa.Kemudian pastikan anda mengunci semula panel kerusi yang dibelakang. 

Untuk kerusi jenis ini didatangkan dengan pemegang yang boleh dipusingkan untuk melaraskan ketinggian kerusi tersebut. Pegang kedua-dua laras kiri dan kanan dan pusingkan sehingga mendapat ketinggian yang sesuai untuk menampung berat pesakit dan mudahkan kerusi bergerak.

Dengan roda yang mudah dan lancar itu, mudah untuk meletakan pesakit di kedudukan yang betul di tandas.Kunci tayar tersebut supaya mengelakkan kerusi bergerak sendiri.Sekali lagi setelah mendapat kedudukan sesuai, pusingkan pemegang sehingga pesakit berasa selesa mengikut ketinggian masing-masing. Model ini juga didatangkan dengan bekas tandas dan ia juga boleh dilaras mengikut ketinggian tandas duduk yang ada.

Selepas selesai, buka semula kunci dan boleh alihkan semula pesakit dari mangkuk tandas dan selepas mengalihkan pesakit di tempatnya semula atas di katil, pasangkan semula pemegang dan bekas tandas serta letakkan semula kusyen.

  • Electric Transfer Chair Powered Nursing Transfer (Auto)

Untuk kerusi model ini pula, ia beroperasi secara automatik dan dilengkapi dengan bateri. Ini adalah versi yang dinaik taraf untuk memudahkan sistem pengoperasian. Ia boleh dilaras menggunakan kuasa bateri untuk melaras mengikut ketinggian pesakit dan sangat sesuai untuk semua jenis bentuk badan. Dengan kerusi yang lembut dan mampu menampung 150kg dan dapat mencapai ketinggian sehingga 250mm membuatkan kerusi ini selesa, selamat dan mudah bergerak. 

Kerusi ini bukan sahaja sesuai untuk bergerak di tandas sahaja, malah di banyak kawasan lain seperti meja makan, sofa, katil dan lain-lain lagi.Dilengkapi dengan motor elektrik untuk memudahkan penjaga melaras tinggi rendah pesakit hanya dengan menggunakan tuil yang disediakan dan dilitupi dengan silikon. 

Selain itu, kerusi ini dipasangkan dengan bateri Lithium yang berada didalam kotak kalis air dan juga panel kawalan yang mempunyai tutup getah. Penggunaan bateri pula perlu di caj sekurang-kurangnya sekali sebulan minimum. 

Ketiga-tiga jenis kerusi ini adalah pilihan yang ada mengikut bajet anda dan ia mempunyai tujuan yang sama iaitu untuk memudahkan penjaga dalam menjaga orang yang tersayang dengan lebih selamat dan selesa supaya pesakit tidak merasakan diri sebagai satu bebanan kepada keluarga. Dengan rekabentuk yang telah direka khas untuk keselamatan dan keselesaan pesakit dan dapat meringankan tugas yang menjaga. 

BACA JUGA : Kerusi Pemindahan Elektrik Untuk Pesakit Lumpuh

PERBEZAAN KETIGA-TIGA KENIS KERUSI MUDAH ALIH UNTUK PEMINDAHAN PESAKIT

Shifting Commode Wheelchair Moving Transfer Chair  Shifting Commode Transfer Chair Premium Electric Transfer Chair Powered Nursing Transfer 
Sistem Mod Operasi Manual Semi Automatik Automatik (Elektrik)
Berat Maksimum 150 kg 120 kg 150 kg
Pelaras Ketinggian Jenis manual anda perlu melaraskan ketinggian secara manual dengan mengubah pin mengikut slot (Sila rujuk video dibawah) Untuk jenis semi auto ini, cara melaraskan ketinggian kerusi dengan memutarkan pemegang yang disediakan sehingga mencapai ketinggian yang diingini. Untuk jenis automatik penuh ini, terdapat panel kawalan dihadapan dan anda perlu melaraskan ketinggian menggunakan kuasa bateri, ia lebih mudah dan mengurangkan penggunaan tenaga yang banyak bagi pesakit.
Bateri Tiada Tiada Lithium Bateri
Harga RM 1,698 RM 1,999 RM 2,795
Berat Kerusi 30 kg 30 kg 40 kg
Gambar

CIRI-CIRI KERUSI MUDAH ALIH UNTUK MEMINDAHKAN PESAKIT 

Ada beberapa ciri yang terdapat pada 3 jenis Kerusi Mudah Alih Untuk Pemindahan Pesakit ini dan antaranya adalah :

  • Mudah digunakan untuk mengalihkan pesakit yang lumpuh atau orang tua yang hilang daya untuk bergerak daripada satu tempat ke satu tempat yang lain seperti dari katil ke tandas, meja makan, sofa dan lain-lain tempat.
  • Manual – anda boleh memasang dan melaraskan sendiri mengikut ketinggian yang selesa dan sesuai dengan pesakit.
  • Semi Auto, anda boleh melaraskan ketinggian dengan memutarkan tuil yang dipasangkan di kiri dan kanan pemegang kerusi dengan putaran 360 darjah
  • Automatik  menggunakan kuasa elektrik yang disalurkan kepada bateri yang dicaj untuk melaraskan ketinggian mengikut kesesuaian pesakit dan keselesaan. 
  • Mengurangkan kos penjagaan dimana seorang penjaga sudah memadai.
  • Menambah baik kualiti penjagaan terutamanya kepada warga-warga emas yang kadang kala tidak selesa disentuh.
  • Mengurangkan risiko kecederaan kepada kedua-dua belah pihak penjaga atau pesakit kerana kerusi Fresco Malaysia direka bentuk dan mempunyai Penyeledikan & Pembangunan ( R& D) yang berterusan dan menepati piawaian yang ditetapkan.

Artikel : Baca Testimoni Kami

SIAPA YANG MEMERLUKAN MUDAH ALIH UNTUK PEMINDAHAN PESAKIT INI?

Persoalan yang baik iaitu Siapakah Yang Memerlukan Kerusi Mudah Alih untuk pemindahan pesakit ini? Cuba periksa jika anda atau ahli keluarga anda mempunyai masalah berdiri, atau lemah di bahagian kaki dimana ia sukar untuk bergerak ke tandas sendiri.Contohnya pesakit Gout yang dihadapi oleh ramai warga emas serta orang muda. Berdiri dan juga duduk memerlukan proses yang menekan sendi anda dan mengakibatkan kesakitan melampau adakalanya.

Dengan produk inovatif ini, perkara ini dapat dielakkan dengan penggunaan Kerusi Mudah Alih Untuk Pemindahan Pesakit ini.

Selain dari itu ada Kerusi Mudah Alih Untuk Pemindahan Pesakit ini juga direka khas untuk membantu pergerakan orang kurang upaya yang mengalami kecacatan fizikal dan juga masalah-masalah seperti contoh dibawah :

  1. Warga Emas yang kurang kekuatan kaki
  2. Wanita Hamil yang perlukan bantuan untuk bangun dan duduk
  3. Pesakit Sendi ( Artritis yang kronik)
  4. Pesakit Saraf Sendi
  5. Pesakit yang baru menjalankan operasi pembedahan dan perlu hadkan pergerakan
  6. Pesakit yang mengalami obesiti kronik
  7. Pesakit Gout Kronik
  8. Pesakit Kurang Upaya
  9. Dan sesiapa yang hilang atau kurang upaya di bahagian sendi.

KESIMPULAN

Jika anda kini adalah seorang penjaga ataupun mempunyai ahli keluarga atau sesiapa yang memerlukan jagaan rapi, produk Kerusi Mudah Alih Untuk Pemindahan Pesakit (Manual, Semi Auto atau Auto) ini adalah peralatan yang diperlukan untuk memudahkan urusan penjagaan. Selain itu ia juga dapat memberikan keselesaan dan membuatkan pesakit menjadi lebih gembira kerana sebagai manusia ada kalanya pesakit akan merasakan diri adalah satu beban kepada keluarga yang perlu menjaga mereka. 

Artikel :

Bagaimana Kerusi Roda Elektrik Memudahkan Anda

Kerusi Roda Elektrik 24” RIM

Kenapa Kerusi Roda Elektrik Fresco Bike Malaysia Menjadi Pilihan

About the Author

Leave a Reply

You may also like these

X
%d bloggers like this: