Penggunaan Kerusi Roda Elektrik untuk Melaksanakan Umrah

wheel chair Kerusi roda

Umrah adalah ibadah yang membawa maksud ziarah dimana dalam Islam, ibadah Umrah adalah bermaksud menziarahi Tanah Haram (Baitul Haram) pada bila-bila masa sahaja dengan syarat-syarat yang ditetapkan oleh syara’.

Jika diikutkan kepada hukum agama menetapkan ianya adalah wajib kepada yang berkemampuan dan juga memenuhi syarat dan wajib dilaksanakan sekali seumur hidup, dan sunat dilakukan berkali-kali jika berkemampuan. Dalam konteks kemampuan pula, ianya tidak merujuk hanya kepada mamou dari segi kewangan, namun berkemampuan dari segi mental dan fizikal juga diambil kira dalam ibadah umrah.

Disebabkan ibadah ini boleh dilaksanakan pada bila-bila masa maka ia menjadi satu perkara yang menjadi idaman setiap orang tidak kira umur, pangkat dan keadaan. Untuk orang yang mempunyai kemampuan dari segi duit ringgit dan kesihatan yang baik, mungkin ianya tidak menjadi masalah namun bagi orang yang berkemampuan dari segi wang ringgit tetapi tidak dari segi kesihatan seperti pesakit tulang belakang contohnya. Yang tidak mampu bergerak sendiri dan memerlukan bantuan orang lain.

Jika anda ingin membawa salah seorang ahli keluarga yang uzur, golongan kurang upaya ataupun pesakit tulang belakang. Anda boleh melihat produk dari Fresco Malaysia yang mana menawarkan beberapa jenis Kerusi Roda Elektrik untuk memudahkan ibadah anda dan ahli keluarga anda yang lain.

UMRAH – TAWAF, SAEI DAN TAHALUL SERTA PERGERAKAN LAIN.

Jika anda yang pernah pergi ke Mekah untuk melaksanakan ibadah umrah, mungkin anda lebih faham keadaan sebenar disana. Di Mekah keadaan dipenuhi dengan ribuan jemaah setiap hari dan memerlukan anda bergerak secara aktif untuk melaksanakan ibadah-ibadah yang ditetapkan. Seringkali masalah yang didengari ialah warga emas yang tidak mampu berjalan jauh untuk melaksanakan beberapa ibadah seperti berikut :

  1. Tawaf 

Salah satu rukun umrah ialah Tawaf Ifadah iaitu setiap jemaah perlu mengelililingi kaabah sebanyak 7 kali. Jadi bagi warga emas, golongan kurang upaya dan pesakit tulang belakang adalah mustahil untuk berjalan mengelilingi kaabah sendirian, walaupun ada fasiliti yang disediakan namun ramai jemaah memilih untuk membawa kerusi roda sendiri bagi memudahkan pergerakan.

  1. Saei & Tahalul

Yang kedua ialah Saei, juga rukun dalam umrah yang perlu dilakukan oleh setiap jemaah dan memerlukan pergerakan. Saei ialah berlari-lari anak atau berjalan laju di antara Bukit Safa dan Bukit Marwah sebanyak 7 kali. Bagi orang yang memerlukan kerusi roda tanpa memerlukan orang yang menolaknya, adalah penting untuk mencari kerusi Roda Elektrik yang boleh dikawal sendiri semasa ibadah Tawaf dan Saei. Kemudian dari Saei, perlu ke tempat tahalul untuk melengkapkan ibadah umrah. 

APAKAH FASILITI MESRA OKU YANG DISARANKAN?

Untuk melaksanakan umrah untuk golongan yang kurang upaya dan memerlukan kerusi roda, kini ia bukan lagi satu masalah yang besar kerana fasiliti disediakan oleh kerajaan saudi bagi warga emas, pesakit yang tidak mampu berjalan dan golongan kurang upaya. Cuma yang menjadi masalah ialah penggunaannya terhad dan tidak bebas seperti kerusi roda elektrik sendiri. 

Di Fresco Malaysia, kami mempunyai beberapa jenis kerusi roda elektrik yang boleh dibawa ke dalam penerbangan dan juga motor skuter untuk dibawa bersama jemaah umrah yang memerlukan termasuk dokumen-dokumen yang diperlukan. Di Madinah dan juga di Mekah telah disediakan laluan khas untuk pengguna kerusi roda cuma jemaah digalakan untuk tidak meninggalkan kerusi roda sendiri untuk mengelakkan ianya hilang kerana dianggap sebagai kerusi wakaf.

APA YANG PERLU UNTUK BAWA KERUSI RODA ELEKTRIK ANDA KE DALAM PESAWAT

Ada beberapa jenis kerusi roda elektrik yang kami ada untuk jemaah umrah bawa menaiki pesawat dan digunakan secara bebas semasa melaksanakan ibadah umrah. Antara faktor yang boleh dilihat sama ada kerusi roda elektrik boleh dibawa ke dalam pesawat atau tidak ialah baterinya. 

Bateri 

  • Untuk kerusi roda elektrik terdapat 2 jenis bateri yang boleh digunakan iaitu satu yang boleh dibawa menaiki pesawat dan satu lagi untuk kegunaan harian sahaja. Bezanya ialah kuasa watt bateri tersebut. Untuk bateri yang boleh dibawa kedalam pesawat ialah bateri yang lebih kecil contohnya di Air Asia mempunyai peraturan dimana bateri yang hendak dibawa haruslah tidak melebihi 300WH (watt hour).
  • Jarak untuk kegunaan bateri yang boleh dibawa kedalam pesawat ialah 5km kebiasaannya.Jadi sebelum anda membawa kerusi roda elektrik anda, cek dahulu baterinya boleh dibawa ke dalam pesawat atau tidak. 
  • Boleh rujuk video dibawah cara pengiraan WH bateri yang boleh dibawa mengikut peraturan syarikat penerbangan dan biasanya bateri yang boleh dibawa ke dalam pesawat atau mempunyai pelekat khas “Airline Approved”. Hanya perlu isi borang yang disediakan semasa memberi tiket dan sertakan dokumen yang disediakan. Untuk setiap pelanggan Fresco Malaysia, pelanggan akan diberikan dokumen yang diperlukan untuk dibawa dalam urusan penerbangan.
  • Borang khas akan disediakan oleh syarikat penerbangan untuk anda isikan maklumatnya dan serahkan pada mereka dalam masa 48 jam sebelum berlepas. Contohnya Air Asia memerlukan 3 hari sebelum untuk mengisi borang bagi membawa kerusi roda elektrik anda.

Nak Tahu kenapa Kerusi Roda Tidak dibenarkan menaiki pesawat?

JENIS KERUSI RODA FRESCO MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK KEGUNAAN UMRAH

  1. Fresco Electric Wheelchair (Lightweight Folding Airline Travel)

Kerusi Roda jenis ini telah diluluskan untuk dibawa masuk kedalam pesawat, kerusi roda jenis mudah lipat ini ringan dan sangat sesuai dibawa untuk melaksanakan umrah. Jemaah boleh mengawal sendiri kerusi roda elektriknya dan hanya memerlukan bantuan orang lain secara minimum. 

Ciri – Ciri 

  • Model FRH001SLight
  • Berat kerusi roda ialah 18.5kg dan termasuk bateri ialah 20kg.
  • Ada Alat Kawalan LCD dengan USB, Bluetooth dan fungsi radio
  • 5 kawalan kelajuan, butang hon dan kawalan pembesar suara
  • Maksimum berat 120kg
  • Fungsi hadapan dan belakang
  • Bateri Lithium 24V/6AH (24 x 6 = 144wh) 
  • Aluminium

  1. Fresco Electric Wheelchair (Lightweight Onboard Use Malaysia)

Kerusi Roda Elektrik yang paling ringan hanya 15kg sahaja dan mudah dibawa untuk jemaah umrah dan ianya akan menjimatkan berat muatan anda.

Ciri-Ciri

  • Model FM 02
  • Paling ringan
  • 15 kg sahaja termasuk bateri
  • Anggaran bateri tahan 15 – 20km
  • Maksimum 120kg
  • Bateri Lithium 24V/10AH (24×10= 240wh) 

  1. Fresco Electric Wheelchair (Lightweight Hybrid Manual And Power In One)

Produk terbaru daripada Fresco Malaysia iaitu kerusi roda jenis hybrid. Mudah dilipat dan juga dibuat daripada aluminium aloi dan lebih kompak. Boleh digunakan secara manual dan juga elektrik. Digabungkan menjadi dua jenis kerusi dan bateri boleh terus dicaj daripada kerusi ataupun keluarkan bateri nya untuk dicaj. Ada 2 jenis bateri dan satu yang boleh dibawa menaiki pesawat dan satu lagi kegunaan biasa. Jika kehabisan bateri boleh digunakan secara manual

Ciri-Ciri

  • Model FRO5MD
  • Manual dan menggunakan motor
  • Berat 20kg dan jika termasuk bateri ialah 22.5kg
  • Material Magnesium Aloi
  • Maksimum 120kg
  • Boleh gunakan 2 jenis bateri
  • Anggaran ketahanan bateri 15 – 20 km

  1. Fresco Three Wheel Scooter (Skuter 3 Roda Boleh Lipat)

Skuter 3 roda yang boleh dilipat dan dibawa untuk masuk ke pesawat sesuai bagi warga emas yang mempunyai masalah lutut, kaki kurang kuat atau pun tidak larat untuk berjalan banyak. Mempunyai 2 tayar dibelakang dan satu tayar dihadapan dan sesuai untuk kegunaan luar dan dalam. Bateri boleh ditanggalkan dan dengan setiap pembelian ini akan diberikan MSDS bateri yang mempunyai sijil dan diluluskan untuk anda dibawa bersama penerbangan anda.

Ciri-Ciri

  • Model X2
  • 3 tayar
  • Boleh dilipat hanya kurang dari 5 saat
  • Lampu LED
  • Maksimum 120kg
  • Tayar jenis solid
  • Kelajuan Maksimum 15km/jam
  • Saiz 30kg

BELI DISINI —-> Skuter 3 Roda

Keempat-empat model diatas adalah produk dari Fresco Malaysia yang menawarkan kerusi roda elektrik dan skuter elektrik yang menepati ciri-ciri keselamatan dibawah piawaian syarikat penerbangan. Jadi anda boleh memilih mengikut kesesuaian anda untuk ahli keluarga anda yang memerlukan. 

TIPS UMRAH UNTUK ORANG YANG BERKERUSI RODA 

Setelah anda mengetahui jenis-jenis produk Fresco Malaysia untuk Kerusi Roda Elektrik yang sesuai untuk dibawa bersama anda dalam ibadah umrah. Kami sertakan juga tips supaya anda lebih bersedia. 

  • Pilih Pakej Umrah

Pastikan syarikat yang mengendalikan pakej umrah anda mempunya pengetahuan dalam mengendalikan jemaah yang berkerusi roda terutamanya dalam menentukan penginapan dan penerbangan ke Tanah Suci.

  • Bawa Pembantu

Walaupun kerusi roda elektrik Fresco Malaysia boleh digunakan secara berdikari, namun adalah lebih baik anda mempunya seseorang untuk membantu anda melipatkan kerusi roda anda atau bantuan lain

  • Pengangkutan Yang Sesuai

Maklumkan kepada syarikat pengendali umrah anda tentang penggunaan kerusi roda elektrik anda supaya kenderaan yang akan dinaiki di Tanah Suci nanti adalah mesra kerusi roda anda.

  • Pakej Yang Sesuai

Jika mampu pilih pakej yang menyediakan perkhidmatan hotel yang lebih dekat dengan Masjidil Haram jika anda berkerusi roda.

  • Penyelenggaraan

Pastikan keadaan kerusi roda elektrik anda dalam keadaan baik dan bawa peralatan sampingan seperti spanar kecil dan seumpamanya.

  • Kebenaran

Isi borang kebenaran 72 jam sekurang-kurangnya sebelum berlepas ke Tanah Suci

  • Balut

Kerusi roda anda hendaklah dibalut rapi ketika masuk ke dalam kargo untuk mengelakkan kerosakan termasuk baterinya juga dibalut rapi

  • Semasa Umrah

Pastikan anda mengecajnya dengan baik sebelum digunakan untuk melaksanakan ibadah anda. Anda pasti tidak mahu terkandas ditengah-tengah masjidil haram kerana kehabisan bateri. Jika jenis kereta roda hybrid mungkin boleh dijadikan manual juga.

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, tiada yang mustahil jika anda ingin memudahkan ahli keluarga atau orang tua anda untuk melaksanakan umrah kerana di Fresco Malaysia, kami sentiasa membuat Kajian dan Pembangunan keatas produk kami agar dapat dimanfaatkan dengan sepenuhnya oleh pengguna kami. Walaupun digunakan untuk melaksanakan umrah, ianya dapat memberikan manfaat terbaik kepada pengguna kami. Dengan rekabentuk dan kriteria yang baik, kami yakin ianya adalah produk yang sangat berguna kepada jemaah umrah mahupun Haji kerana kami inginkan anda bebas dan mudah dalam melaksanakan ibadah anda.

Artikel Lain :

3 Jenis Kerusi Mudah Alih Untuk Pesakit Kurang Upaya

Tips Pilih Kerusi Roda

About the Author

Leave a Reply

You may also like these

X
%d bloggers like this: