Kuala Lumpur | Isnin – Sabtu | 9am – 6pm

Cara Dan Prosedur untuk Membawa Sendiri Kerusi Roda Elektrik untuk Umrah (Malaysia Airlines)

Ada beberapa syarikat penerbangan yang mempunyai penerbangan khas untuk jemaah umrah dan haji, antaranya ialah Air Asia dan Malaysia Airline. Setiap syarikat penerbangan mempunyai polisi dan prosedur tersendiri sekiranya penumpang ingin membawa sendiri kerusi roda manual/elektrik mereka. 

Credit : Malaysia Airlines

Walaupun perkhidmatan kerusi roda disediakan di lapangan terbang, di Mekah, di hotel, di Madinah dan lain-lain namun menjadi satu kelebihan jika jemaah umrah membawa sendiri kerusi roda kegunaan sendiri untuk mengelakkan berlakunya perebutan, adakalanya waktu musim umrah, ramai jemaah dari seluruh pelusuk negara akan menunaikan ibadah umrah.

Bagi peralatan sukan, tujuan peraturan ini adalah untuk memastikan kemudahan, keselamatan dan melancarkan proses bagasi yang didaftarkan.

Tatacara & Prosedur Membawa Kerusi Roda Elektrik Menaiki Pesawat Malaysia Airlines

Ada beberapa kategori bagasi yang didaftarkan dan boleh dibawa menaiki pesawat tanpa sebarang caj tambahan yang dikenakan. Contohnya :

  • Peralatan bayi seperti kereta sorong, tempat duduk bayi, tempat duduk bayi didalam kereta atau alat mainan yang mengandungi bateri yang tidak dibenarkan
  • Peralatan Perubatan seperti kerusi roda manual, kerusi roda elektrik atau bermotor, topang kaki dan lain-lain peralatan perubatan.

Kategori diatas adalah kategori barang yang PERLU DIDAFTARKAN SEBAGAI BAGASI BERDAFTAR, maksudnya akan dibawa menggunakan kabin kargo bukan kabin penumpang. Keistimewaan ini adalah untuk semua pemegang tiket dengan beberapa syarat yang perlu dipatuhi. Hal ini tertakluk juga kepada jemaah haji dan umrah.

Penumpang Yang Berkerusi Roda
(Orang Kelainan Upaya)
Warga Emas berumur 60 tahun keatas
Bagi Orang Kelainan Upaya dibenarkan membawa kerusi roda manual/elektrik, peranti mobiliti atau peranti perubatan yang lain.

Jenis Bateri yang Boleh Dibawa ke Dalam Kabin Bagasi

Di Malaysia Airlines ada 3 jenis bateri utama yang dibenarkan dibawa bersama dengan kerusi roda elektrik anda.

JENIS BATERIMAKLUMAT
Bateri Yang Tidak Boleh Tertumpah (Non-Spillable Battery)Dikenali sebagai bateri kering termasuk bateri bersepadu Bateri jenis gel Bateri Basah (panel tertutup dan tidak akan tertumpah) -penutup khas bateri
Bateri Yang Boleh Tumpah(Spillable Battery)Bateri basah yang mempunyai label selamat untuk penerbangan
Bateri Lithium Bateri Li-Ion (Ion Lithium)

Kesemua jenis bateri ini mestilah selamat, tidak koyak, patah atau rosak, mempunyai label yang selamat untuk penerbangan dan perlu dibuka daripada kerusi roda yang ingin dibawa. Label bateri haruslah didalam bahasa inggeris yang mudah difahami.

Kebiasaannya bateri untuk travel tidak sama seperti bateri kegunaan biasa, baterinya lebih kecil dan jarak perjalanan adalah lebih kurang 5km kebawah. Berbanding dengan bateri kegunaan biasa lebih besar dan boleh mencecah sehingga 20km kegunaannya.

Cara Kenal Pasti Bateri Untuk Perjalanan (Travel)

Biasanya kapasiti bateri untuk kuasanya ialah 300wh kebawah, dan juga selalunya terdapat lambang logo “Airline Approve” . Untuk pembelian kerusi roda bagi elektrik di Fresco Malaysia, anda akan diberikan dokumen lengkap untuk mengisi borang di kaunter pendaftaran penerbangan.

Setelah Mendaftar Masuk Kerusi Roda Elektrik Anda

Kesemua jenis kerusi roda manual/elektrik perlu di daftarkan dan anda boleh memohon bantuan kerusi roda dilapangan terbang untuk masuk ke dalam pesawat memandangkan kerusi roda anda akan dimasukkan kedalam kabin bagasi.

Persediaan Penyelenggaraan Kerusi Roda Elektrik Anda Di Lapangan Terbang

Ada beberapa perkara yang perlu diambil tahu oleh penumpang yang ingin membawa kerusi roda manual/elektrik sendiri. Antaranya ialah:

Menafikan Pengangkutan

Jika anda berhajat untuk membawa kerusi roda sendiri sama ada manual atau pun elektrik, anda harus mematuhi syarat yang ditetapkan dan berikut adalah mengapa kerusi roda (manual/elektrik) anda dinafikan dalam pengangkutan.

Penafian Pengangkutan kerusi roda adalah seperti berikut:

  • Kerusi roda anda rosak, jika kerusi roda elektrik ia tidak berfungsi bila dihidupkan
  • Keadaan kerusi roda yang tidak baik, bateri retak, tumpah, ataupun tiada pembalut khas bateri.
  • Bateri yang dibawa tidak memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh pihak MAS dalam penerbangan

Semua proses di atas akan dilakukan apabila anda ingin mendaftar masuk kerusi roda anda bersama-sama dengan barangan anda. Pihak MAS berhak menolak permintaan anda jika didapati kerusi roda anda tidak mematuhi piawaian yang telah ditetapkan.

Segala caj yang dikenakan termasuk tiket, visa, pengangkutan, hotel dan kos lain adalah dibawah tanggung jawab penumpang. Malaysia Airline tidak akan bertanggungjawab dalam sebarang kos seandainya kerusi roda anda dinafikan dalam penerbangan.

Tips Umrah Bersama Ahli Keluarga yang Berkerusi Roda

  1. Pemilihan Kerusi Roda
    Untuk memilih kerusi roda yang ingin anda bawa bersama semasa umrah, pastikan anda memilih kerusi roda yang mematuhi piawaian didalam pesawat, yang pertama, kemudian pilih yang ringan dan boleh dilipat agar mudah dibawa kemana sahaja. PAstikan kerusi roda yang anda pilih didalam bajet anda dan selamat untuk penerbangan. Tayar juga perlu dipastikan dalam keadaan yang baik dan sesuai dengan penggunaan diatas jalan, di lapangan terbang dan juga hotel serta di masjid nanti.

LIHAT PILIHAN KERUSI RODA ELEKTRIK YANG TERBAIK DARI SEGI HARGA DAN SPESIFIKASI

  1. Pilihan Pakej Umrah
    Memilih pakej umrah yang sesuai adalah penting, di Malaysia khususnya banyak agensi umrah yang menawarkan pelbagai harga dan perkhidmatan, pastikan anda memilih agensi dan pakej yang boleh mengendalikan jemaah umrah berkerusi roda dan menguruskan semua hal berkenaan pengangkutan kerusi roda.

  1. Kemudahan Di Lapangan Terbang
    Jika penerbangan yang dipilih ialah Malaysia Airlines, bermakna anda perlu mendaftar kerusi roda elektrik anda sebagai kabin berdaftar dan akan dimasukkan ke dalam kargo, 48 jam sebelum penerbangan anda boleh memohon khidmat kerusi roda untuk menggantikan kerusi roda anda atau ahli keluarga anda yang sudah dimasukkan ke dalam kargo.

  1. Kemudahan di Hotel
    Di Mekah dan Madinah, memang tersedia keperluan untuk jemaah berkerusi roda, segala fasiliti untuk pengguna kerusi roda amatlah mudah dan tiada masalah yang akan dihadapi sama ada penggunaan kerusi roda sendiri ataupun menyewa disana.

  1. Mutawif dan Ibadah Umrah
    Di sana, anda boleh mengupah tukang mengupah mutawif di sana (Indonesia digalakkan kerana mudah berkomunikasi) ataupun jika kerusi roda elektrik lebih baik kerana anda boleh mengawal sendiri kerusi anda. Setiap ibadah umrah untuk jemaah berkerusi roda tidak menjadi masalah kerana laluan khas disediakan disana.

  1. Ziarah
    Mengapa penting anda memilih kerusi roda manual atau elektrik yang mudah dilipat dan ringan kerana anda perlu mengangkut kerusi roda anda kemana sahaja dan umum maklum semasa di Tanah Haram dan Madinah, akan ada banyak aktiviti ziarah yang memerlukan anda bergerak dengan lebih banyak

  1. Keselamatan
    Disana terdapat juga kes kecurian kerusi roda terutamanya kerusi roda elektrik dan apa yang penting ialah anda sentiasa menjaga kerusi roda anda bersama anda. Jika terdapat ahli keluarga lain yang ada bersama adalah lebih baik. 

Itu antara tips untuk jemaah umrah yang berkerusi roda atau membawa ahli keluarga anda mengerjakan umrah dalam keadaan berkerusi roda. Segalanya mudah dan anda bebas bergerak kesana sini jika ianya hak milik anda sendiri tanpa perlu berkongsi dengan jemaah lain dengan terdedah kepada banyak risiko.

Detail lebih mengenai keperluan dan peraturan untuk membawa kerusi roda menaiki kapal terbang Malaysia Airlines boleh tekan butang

Kesimpulan

Untuk anda yang sedang merancang untuk melaksanakan umrah dan ingin menghadiahkan kerusi roda elektrik untuk ibu bapa tersayang untuk memudahkan pergerakan mereka, boleh membuat penilaian ringkas dan juga prosedur yang betul untuk membawa kerusi roda personal sendiri. Banyak pergerakan akan mudah jika dapat membawa sendiri alatan mobiliti dan jemaah juga dapat merasa berdikari sendiri tanpa perlu mengharapkan pertolongan orang lain sepenuhnya. Moga anda dikurniakan umrah yang mabrur dan dipermudahkan selalu.

Artikel Lain :
Penggunaan Kerusi Roda Elektrik Semasa Umrah

Panduan Memilih Kerusi Roda

X
%d bloggers like this: