Kuala Lumpur | Isnin – Sabtu | 9am – 6pm

Bolehkah Jemaah Umrah Membawa Kerusi Roda Manual / Elektrik Menaiki Pesawat (Air Asia)

BOLEHKAH JEMAAH UMRAH MEMBAWA KERUSI RODA MANUAL / ELEKTRIK MENAIKI PESAWAT (AIR ASIA)

Kebiasaannya, apabila menyebut tentang ibadah Umrah, kita akan terpikirkan golongan warga emas yang sangat menginginkan untuk sampai di Tanah Haram. Dan bila dilihat dari segi kemampuan dan keupayaan badan warga emas, tidak dinafikan mereka memerlukan bantuan untuk bergerak dan menyempurnakan ibadah disana. Bolehkah jemaah umrah membawah kerusi roda milik sendiri menaiki pesawat untuk kegunaan peribadi di Mekah dan Madinah?

Jawapannya ialah BOLEH dengan beberapa syarat yang perlu dipatuhi dan diterangkan di dalam artikel kali ini. Teruskan membaca.

Kredit Gambar: Air Asia

Pengenalan Umrah

Melaksanakan umrah adalah impian setiap umat Islam dimana Umrah adalah dikenali sebagai Haji Kecil dan tempoh untuk melaksanakannya tidak terhad kepada sesuatu bulan tertentu. Disamping tempohnya yang lebih pendek dan tidak terhad kepada sesuatu bulan, disamping kosnya lebih murah berbanding Haji, menyebabkan ramai jemaah memilih untuk melakukan umrah dahulu sementara menunggu peluang untuk mengerjakan haji.

Kebanyakan jemaah umrah terdiri daripada golongan muda, warga emas, kanak-kanak, remaja yang mempunyai kemampuan untuk beribadah dan melaksanakan rukun Umrah. Walaupun umum mengetahui bahawa perkhidmatan kerusi roda manual dan elektrik juga ditawarkan di sana, namun banyak juga jemaah umrah yang ingin membawa sendiri kerusi roda elektrik mereka kerana ia lebih menjimatkan kos menyewa di sana. Selain itu ia lebih selesa kerana kerusi roda milik sendiri selalunya lebih sesuai dengan berat badan dan keadaan penggunanya. Lebih-lebih lagi banyak kerusi roda elektrik yang berada di pasaran lebih ringan dan mesra pengguna dimana-mana sahaja.

Kepentingan Kerusi Roda Elektrik untuk Sesetengah Jemaah Umrah?

Dalam melaksanakan ibadah umrah, ada 6 rukun umrah yang wajib dipenuhi jika tertinggal salah satunya atau tidak mengikut syarat maka Umrah dikira TIDAK SAH (BATAL) dan terpaksa mengqadakan semula dengan segera didalam ihram.

  1. Niat Ihram
    Ihram bermaksud berniat untuk melaksanakan ibadat haji dimana apabila seseorang telah berihram, maka ia wajib memenuhi panggilan Allah SWT untuk melaksanakan ibadah yang dituntut dan meninggalkan segala larangan semasa di dalam ihram.

  1. Tawaf Ifadah
    Kemudian tawaf iaitu perbuatan mengelilingi Kaabah sebanyak 7 kali. Tempat permulaan tawaf adalah Hajar Aswad dan berakhir juga di Hajar Aswad. Ibadah tawaf. Ia mesti dilakukan bermula selepas separuh  malam 10 Dzulhijjah (bagi Haji) Jemaah yang melakukan tawaf haruslah suci dari hadas kecil dan besar, berniat wakaf dan cukup 7 pusingan.

  1. Saei
    Perbuatan berlari-lari anak atau berjalan sedikit laju diantara Bukit Safa dan Bukit Marwah sebanyak 7 kali. Dianggarkan keseluruhan nya ialah sebanyak 3.5 k. Cara melaksanakan Saei ialah berniat Saei, bermula perjalanan biasa dari Bukit Safa sehingga anda melihat tanda berwarna hijau yang mana ianya sunnah untuk berlari-lari anak hingga tanda hijau kedua, kemudian boleh berjalan seperti biasa sehingga ke Bukit Marwah. Satu hala perjalanan adalah dikira satu kali lintasan.

  1. Tahalul
    Tahalul bermaksud mencukur rambut atau bulu diwajah setelah selesai ibadah Saei, simbolik kepada perbuatan ini ialah jemaah membersihkan diri jasmani dan rohani. Sunnah untuk dicukur secara keseluruhan ataupun hanya sedikit sahaja namun di Malaysia, jemaah akan diarahkan untuk memendekkan rambut secara keseluruhan.

    Setelah berakhirnya tahalul akhir, jemaah telah bebas dari semua larangan semasa ihram yang dikenakan.

  1. Tertib
    Tertib ialah melakukan ibadah atau rukun lain mengikut tertib yang ditetapkan secara berturutan.

Antara 5 rukun umrah yang wajib dilakukan, terdapat dua rukun yang memerlukan pergerakan (perjalanan). Jika dilihat dari tulisan diatas, rukun umrah yang terbahagi kepada 5, dua daripadanya adalah memerlukan perjalanan atau berjalan kaki untuk jarak tertentu.

  1. Yang pertama adalah TAWAF
    Ibadah tawaf ialah mengelilingi Kaabah sebanyak 7 kali dimana setiap satu pusingan mempunyai jarak sebanyak 670 meter, dan bagi melengkapkan 7 pusingan memerlukan lebih kurang 5600 meter. Perjalanan bermula dari tingat dua iaitu kawasan penggunaan kerusi roda.
  2. Yang Kedua adalah Saei
    Saei adalah berjalan atau berlari-lari anak diantara Bukit Safa ke Bukit Marwah sebanyak 7 kali. Jarak bagi setiap kali ialah 370 meter dan secara keseluruhan ialah lebih kurang 2,690 meter (2.7KM)

    Melihat kepada jarak yang jauh untuk menyempurnakan ibadah Tawaf dan Saei, menyebabkan banyak jemaah yang terdiri daripada warga emas, orang kurang upaya hatta yang muda juga memilih untuk berkerusi roda sama ada menyewa atau membawa sendiri daripada tanah air. Dan jemaah lebih selesa membawa sendiri kerusi roda elektrik mereka kerana ia lebih selesa dan selalunya kerusi roda kegunaan peribadi lebih sesuai dengan penggunanya dan mereka lebih selesa mengendalikan sendiri tanpa memerlukan bantuan orang lain. Bayangkan berjalan sehingga 5.6KM dan 2.7KM. Mungkin kelihatan biasa bagi orang yang berkemampuan, namun tidak bagi sesetengah jemaah.

Selain daripada itu, jarak antara hotel dan masjid juga adakalanya jauh dan memerlukan jemaah umrah untuk berjalan, dan penggunaan kerusi roda elektrik dan manual sangatlah meluas di Mekah dan Madinah.

Bolehkah Anda Membawa Kerusi Roda Anda untuk Menaiki Pesawat?

Jawapannya ialah BOLEH, untuk jemaah yang ingin berangkat ke Tanah Haram, dibenarkan untuk membawa sendiri Kerusi Roda bersama dengan beberapa peraturan yang perlu dipatuhi.

Jadi tahukah anda bagaimana cara untuk memohon membawa kerusi roda elektrik anda kedalam pesawat?

  • Kerusi Roda (Tanpa Bateri)


Untuk kerusi roda tanpa bateri adalah dibenarkan untuk masuk kedalam pesawat sebagai Bagasi Tidak Berdaftar. Untuk penerbangan Air Asia anda boleh menggunakan kerusi roda milik anda sehingga ke pintu pesawat dan kemudian diserahkan kepada petugas pesawat untuk dimuatkan ke dalam pesawat tersebut. Namun harus diingatkan bahawa terdapat beberapa buah negara yang mempunyai peraturan kesihatan dan keselamatan yang tegas demi menjaga kemaslahatan kesihatan pekerjanya dengan tidak membenarkan pekerja mengangkat barangan yang berat. Oleh itu amat digalakkan untuk mendaftar masuk kerusi roda anda.

  • Kerusi Roda Mengandungi Bateri 
    (Bateri ion Litium dan Non Litium)

Kerusi roda elektrik (mengandungi bateri), sama sekali TIDAK dibenarkan untuk dibawa kedalam Bagasi kabin. Ia perlu didaftarkan dan baterinya peru dikendalikan mengikut jenis bateri seperi jadual dibawah. 

Nota: Bateri yang rosak, bocor, retak, mati atau pecah tidak akan diterima masuk kedalam pesawat. Jika label atau tanda manual bukan dalam Bahasa Inggeris juga tidak dibenarkan. Label mestilah jelas dilihat.

Daftar Masuk

Pihak Air Asia juga tidak akan mengeluarkan bateri daripada kerusi roda elektrik terpasang terpasang dengan bateri tersebut, ia akan diserahkan kepada kakitangan dikaunter daftar masuk sebagai Bagasi Berdaftar

Pengguna perlu bawa sendiri barangan untuk membantu petugas mengendalikan kerusi roda elektrik and seperti dibawah:

  • Dokumen ujian yang membuktikan bateri ion litium memenuhi keperluan subseksyen 38.3, bahagian III manual Ujian dan kriteria Bangsa-Bangsa Bersatu
  • Sarung Bateri Khas yang sesuai dan dikeluarkan oleh pengilang. Pihak Air Asia juga boleh menyediakan sekiranya perlu
  • Petugas Air Asia akan mengeluarkan bateri di kaunter daftar masuk dan pengguna perlu memasukan kedalam sarung dan dibawa masuk ke kabin manakala kerusi akan diserahkan kepada kakitangan untuk diangkut sebagai Bagasi Berdaftar.
Pengguna atau pemilik kerusi roda boleh melengkapkan borang ini (BORANG KERUSI RODA BERKUASA BATERI) untuk bersiap sedia dalam pengendalian kerusi roda kelak, pastikan anda menyediakan maklumat yang lengkap mengenai spesifikasi kerusi roda anda. 

Untuk penyerahan borang boleh hubungi talian perkhidmatan Air Asia di sini AVA, 48 jam sebelum waktu berlepas.

Adakah Ianya Percuma?

Ya, antara barangan yang boleh didaftarkan secara percuma di dalam bagasi berdaftar ialah :

  • Kerusi Roda Elektrik
  • Kerusi Roda Manual (boleh dibawa ke kabin penumpang)
  • Tongkat atau alat bantuan berjalan
  • Kereta sorong bayi

Walaubagaimanapun terdapat beberapa syarat seperti barangan tersebut haruslah digunakan oleh :

  • orang tua
  • orang kurang upaya 
  • Individu yang menggunakan kerusi roda dalam perjalanan. 

Jika lain daripada sebab diatas, anda perlu membuat pra tempahan peruntukan untuk bagasi berdaftar. Selalunya pihak Air Asia lebih menggalakkan penumpang menggunakan kerusi roda yang disediakan mereka dengan caj tertentu, namun kebiasaan penumpang yang ingin melaksanakan umrah akan memilih untuk membawa sendiri kerusi roda mereka kerana ia bukan hanya digunakan diatas pesawat, namun digunakan juga dalam melaksanakan rukun ibadah umrah.

Tips Umrah Berkerusi Roda

Selalunya setiap agensi yang menguruskan jemaah umrah akan menasihati jemaah untuk membawa sendiri kerusi roda peribadi bagi memudahkan urusan ibadah umrah disana. Walaupun hotel, pesawat dan juga didalam masjid menyediakan perkhidmatan kerusi roda, namun banyak faktor lain yang perlu dipertimbangkan terutamanya dari segi harga, kebersihan dan juga keberadaan kerusi (adakalanya kerusi habis ditempah).

  • KERUSI RODA ELEKTRIK YANG RINGAN
    Kerusi roda elektrik yang ringan atau dikenali sebagai “lightweight wheelchair”. Pergerakan yang banyak seperti turun naik pesawat, turun naik bas, ulang alik ke hotel dan masjid. Jadi untuk mengangkut kerusi roda bukanlah mudah jika ianya berat. Cari yang ringan serta mudah diangkut kemana sahaja.

  • KERUSI RODA YANG BOLEH DILIPAT
    Dalam pasaran sekarang banyak kerusi roda manual atau elektrik yang boleh dilipat dan lebih kompak untuk dibawa kemana-mana sahaja. Ini juga penting supaya jemaah dapat kurangkan penggunaan ruang untuk dibawa kemana-mana

  • MENDAPAT PENGESAHAN UNTUK DIBAWA KEDALAM PESAWAT
    Ini yang paling penting, pastikan kerusi roda elektrik anda adalah memenuhi kriteria yang dibenarkan untuk diangkut menaiki pesawat seperti yang tertulis diatas.

Untuk mendapatkan ciri-ciri kerusi roda elektrik yang menepati kriteria yang diperlukan anda boleh melayari laman web FRESCO MALAYSIA yang mempunyai pelbagai jenis kerusi roda elektrik yang menepati ciri-ciri yang dicari.

Antara kerusi roda yang paling ringan dan mudah dilipat ialah Electric Wheelchair Lightweight 18.5kg Airline Travel

KESIMPULAN

Kepada jemaah umrah yang bakal melaksanakan umrah dan tertanya-tanya adakah boleh bawa kerusi roda elektrik anda semasa ke Tanah Haram sudahpun terjawab jika anda memilih Air Asia sebagai penerbangan anda dan kami akan beri juga cara membawa kerusi roda elektrik anda jika anda memilih penerbangan Malaysia Airlines. Selamat menunaikan ibadah umra

X

Discover more from Kerusi Roda Elektrik - Fresco Bike

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading