KERUSI RODA ELEKTRIK YANG TAHAN LASAK DAN MAMPU MILIK

Semasa berada di lapangan terbang antarabangsa KLIA sementara menunggu waktu penerbangan tiba, saya melihat kepada jemaah Malaysia yang akan terbang ke Mekah untuk penerbangan umrah. Apa yang menariknya ialah hampir 10 orang jemaah di sana yang berkerusi roda dan ada daripadanya berkerusi roda elektrik. Tertarik dengan seorang penumpang berkerusi roda elektrik ini, saya mula berbual dengan beliau tentang alat mobiliti yang dibawa ini. Berumur 68 tahun dan tinggal di Petaling Jaya. Menggunakan kerusi roda elektrik kerana kemampuan untuk bergerak sangat terhad kerana faktor umur dan kaki yang tidak kuat.


Menurut beliau kerusi roda elektrik ini dihadiahkan oleh keluarganya sempena dengan keberangkatan beliau ke tanah suci. Tujuannya adalah untuk memudahkan pergerakan beliau memandangkan beliau hanya bertolak kesana bersama seorang lagi anak perempuannya yang berumur 40 tahun. Melihatkan kepada keadaan beliau yang mudah mundar mandir kesana sini dilapangan terbang membuatkan saya ingin  tahu apakah kelebihan yang dicari bagi seorang pengguna kerusi roda elektrik untuk kegunaan harian.

CIRI-CIRI YANG DICARI OLEH PENGGUNA 

Ada beberapa ciri-ciri yang disenaraikan oleh wanita ini tadi sebelum memilih kerusi roda elektrik ini. Sebelum anak-anak beliau membeli kerusi roda elektrik, mereka bertanya dahulu apakah kehendak dan keperluan ibu mereka, adakah ibu mereka inginkan kerusi roda manual ataupun elektrik?

Antara ciri-ciri yang disenaraikan  oleh beliau ialah:

Pendek kata kerusi roda yang boleh diangkut kedalam pesawat kemana-mana sahaja.Dalam perbualan ini, wanita tersebut ingin membawa kerusi roda elektrik miliknya kerana mudah untuk menggunakan sendiri tanpa perlu meminjam atau menyewa dari mana-mana pihak. Kerusi roda elektrik yang diingini ialah ringan dan juga boleh dilipat serta senang diangkut kemana-mana sahaja. Itu seandainya kerusi roda elektrik yang dicari untuk kegunaan umrah atau melancong. Namun bagi pengguna yang tidak memerlukan untuk membawa kerusi roda elektrik menaiki pesawat juga memilih ciri-ciri kerusi roda yang ringan dan boleh dibawa kemana-mana sahaja dengan kenderaan sendiri.

Kerusi roda elektrik adalah satu alat mobiliti yang penting bagi penggunanya, harga yang boleh dikatakan tidak terlalu murah menyebabkan ramai pengguna akan memilih kerusi roda yang berbaloi dengan harga dan tahan lasak. Untuk itu penting mengetahui ciri-ciri kerusi roda yang tahan lasak seperti mempunyai rangka atau “frame” yang besar dan tahan. Terdapat sesetengah kerusi roda elektrik yang ringanl namun mempunyai frame yang agak kecil dan terhad kepada pengguna yang bertubuh kecil. Antara ciri-ciri kerusi roda elektrik yang menjadi pilihan ramai ialah tahan lasak, ringan dan juga sesuai untuk pesakit atau pengguna yang bertubuh besar juga. Contohnya yang mempunyai “Sport Rim” yang diperbuat daripada Aluminium Aloy yang tahan lasak. 

Kapasiti bateri juga memainkan peranan dalam pemilihan kerusi roda elektrik. Untuk jenis kegunaan kerusi roda elektrik yang tahan lasak, kebiasaan bateri yang digunakan ialah bateri jenis Lead Acid. Bateri lead acid mempunyai ketahanan yang lebih baik dan mudah dijaga serta tahan lebih lama untuk penggunaan yang maksimum. Jika bateri boleh dialihkan daripada kerusi roda elektrik adalah lebih baik untuk dibawa dengan lebih selamat jika perlu. Mudah dicaj jika anda ingin melancong ke luar.

Selain itu, pilihan pengguna juga memilih jenis kerusi roda elektrik yang sesuai untuk kegunaan didalam bangunan (indoor use) dan juga diluar (outdoor use). Bagi kerusi roda elektrik jenis tahan lasak biasanya sesuai untuk kegunaan dalam dan luar kerana fungsi penyerapan hentakan kerusi lebih baik dan sesuai untuk pengguna. Tayar dan rim lebih berfungsi menyerap hentakan dijalan bagi mengelakkan kejutan kepada tulang belakang dan sekaligus ia lebih selesa dan selamat.

Ini merupakan faktor yang dicari-cari oleh pengguna kerusi roda elektrik. KESELESAAN kerana mempunyai pergerakan yang terbatas akan menyukarkan kedudukan pesakit atau pengguna. Jadi faktor kerusi, tempat rehat tangan (arm rest), kedalaman kerusi, ketinggian mudah laras, kelebaran tempat duduk juga menjadikan ciri-ciri kerusi roda elektrik itu terbaik. Kerusi roda elektrik yang baik akan menawarkan ciri-ciri tersebut kerana mementingkan keselesaan penggunanya. Lengan yang boleh dialihkan untuk memudahkan proses pergerakan pesakit.

Selain itu keselamatan produk juga penting dalam pemilihan kerusi roda elektrik. Bahan yang digunakan dalam pembuatan kerusi roda, jenis tayar, jenis brake yang selamat seperti auto brake seandainya pengguna terlepas tangan di panel kawalan. Alat kawalan yang mudah dikendalikan oleh pesakit/pengguna.

Yang terakhir adalah harga yang mampu milik. Kebiasaannya kerusi roda elektrik yang mempunyai ciri-ciri terbaik dan premium akan mempunyai harga yang juga premium. Namun terdapat juga kerusi roda elektrik di pasaran yang mempunyai harga mampu milik dengan menawarkan ciri-ciri terbaik yang dicari.

Kerusi Roda Elektrik Tahan Lasak Mudah diLipat dengan Bateri Lead-Acid

Salah satu jenama terbaik yang berada di pasaran kerusi roda elektik ialah di Fresco Bike dimana ia menawarkan pelbagai jenis kerusi roda manual, elektrik dan produk berkaitan dengan anggaran harga yang mampu milik serta berbeza ciri-cirinya mengikut kehendak dan keperluan pengguna. Jika Kerusi Roda Elektrik yang tahan lasak untuk dicari semestinya jenis ini :

Kerusi roda elektrik yang menepati ciri-ciri tahan lasak dan mempunyai harga yang mampu milik sesuai untuk kegunaan harian serta kegunaan diluar sewaktu melancong. Boleh dilipat dan juga dimuatkan ke dalam kereta jenis sedan. Di Fresco Malaysia, setiap kerusi roda elektrik yang dikeluarkan adalah menepati piawaian keselamatan yang diperlukan untuk pasaran dengan erti kata lain ia selamat untuk digunakan secara lasak dan harian. Dengan alat ganti yang mudah didapati serta jaminan yang disediakan.

Ciri Spesifikasi

  • Rangka diperbuat daripada Aluminium Aloy (Tahan lasak)
  • Sisi letak lengan boleh dibuka untuk memudahkan proses mengalihkan pesakir
  • Mempunyai spring serapan depan dan belakang kerusi
  • Mudah dilipat dan dimuatkan ke dalam kenderaan kecil
  • Boleh menampung sehingga 120kg 
  • Dilengkapi dengan bateri yang berkualiti tinggi
  • Bateri boleh dibuka dan mudah dicaj apabila anda berada dirumah ataupun keluar
  • Dilengkapi dengan pelaras kelajuan yang diingini
  • Kelajuan maksimum hingga 6km/jam
  • Mempunyai kawalan auto brake 
  • Ada fungsi mengundur dan kedepan
  • Berat kerusi roda anggaran 15 – 20kg sahaja
  • Alat kawalan, pengecas dan bateri mempunyai jaminan selama 6 bulan

Mudah dilipat dan dimuatkan kedalam kenderaan yang kecil

Bateri yang boleh di alihkan untuk pengecasan dirumah atau diluar

Berbalik kepada wanita yang berbual bersama saya, kesemua ciri-ciri yang disenaraikan oleh beliau ditawarkan di Fresco Malaysia dimana kepelbagaian jenis kerusi roda yang diperlukan oleh beliau berada dalam pasaran Fresco. Ia menepati semua ciri-ciri yang dicari dan pengguna boleh memilih mengikut bajet yang mereka tetapkan dengan ciri-ciri yang dicari. 

Sebagai contoh, kerusi roda elektrik yang boleh dibawa menaiki pesawat juga terdapat di Fresco Malaysia yang mana ia mempunyai sijil perakuan yang dikeluarkan oleh badan bertanggungjawab. 

Petua Ringkas Pemilihan Kerusi Roda Elektrik

Jenis kegunaan kerusi roda elektrik bergantung kepada siapa penggunanya, untuk seorang yang mempunyai penyakit melibatkan tulang belakang, jenis kerusi roda elektrik yang dipilih adalah sesuai dengan kedudukan tulang belakang dan tidak memberikan kejutan langsung atau tekanan kepada tulang belakangnya.

Bagi kegunaan orang tua pula, selalunya keselesaan dari segi saiz, mudah dibawa dan mudah dikendalikan adalah satu ciri-ciri utama yang diperlukan, mereka tidak memerlukan kerusi roda elektrik yang mempunyai alat kawalan yang terlalu kompleks untuk digunakan.

Bagi kanak-kanak pula, saiz, ketinggian dan jenis kerusi roda elektrik juga berbeza dengan dewasa. Semua peringkat umur memerlukan jenis kerusi roda elektrik yang berbeza adalah terbaik untuk mendapatkan nasihat daripada penjual tentang kerusi roda elektrik yang ingin dibeli supaya pembelian menjadi mudah. 

Untuk pelanggan di Kuala Lumpur boleh dapatkan terus ke :

Fresco Bike
62-1, Jalan Metro Pudu 2, Fraser Business Park, 55100 Off Jalan Yew, Kuala Lumpur

Untuk mendapatkan nasihat dan panduan daripada jurujual sebelum anda membuat keputusan membeli kerusi roda. Perkhidmatan pelanggan juga disediakan dengan melayari laman sesawang kami di Fresco Malaysia

About the Author

Leave a Reply

You may also like these

X
%d bloggers like this: