Kuala Lumpur | Isnin – Sabtu | 9am – 6pm

ALAT BANTU BERJALAN ELEKTRIK RINGAN PELBAGAI FUNGSI 16KG MALAYSIA

Perasan tak kadang-kadang kita nampak ada orang tua-tua yang berjalan sambil disokong oleh alat bantuan berjalan, kadang kerana lemahnya kaki ataupun memang dah tak mampu berdiri sendiri. Nak tak jika kami beritahu, Fresco Bike ada mengeluarkan satu produk khas pelbagai fungsi iaitu ALAT BANTUAN BERJALAN ELEKTRIK RINGAN PELBAGAI FUNGSI (4 DALAM 1)

Anggota badan manusia mempunyai ciri-ciri yang istimewa di mana kita mempunyai pembentukan tulang yang kukuh bagi menyokong pergerakkan kita. Setiap manusia mempunyai sokongan di bahagian tulang untuk menyokong kita berjalan dan juga memberikan keselesaan serta kekuatan tubuh badan.

Seiring dengan peningkatan umur manusia akan mempunyai kekurangan dan kelemahan kepada tubuh nya. Jisim tulang akan berkurangan dan juga kekuatan-kekuatan untuk menyokong akan berkurangan. Selain itu kemerosotan daya tahan dan physical penurunan tahap kordinasi motor serta pengurangan kelenturan dan kekuatan otot juga menjadi punca kepada kelemahan tulang kaki kita.

MENGAPA KITA MEMERLUKAN ALAT BANTUAN SOKONGAN?

Bagi setengah keadaan apabila semakin umur meningkat seiring dengan peningkatan kita memerlukan alat sokongan bantuan untuk kita bergerak bebas. Seperti yang dilihat di kaca TV di hospital dan juga di mana-mana,Kita dapat melihat bagaimana alat sokongan bantuan membantu pergerakkan harian untuk Warga emas untuk orang kurang upaya dan juga orang yang memerlukan.

Antara bantuan yang boleh diberikan oleh Alat bantuan ini ialah :

ALAT BANTU BERJALAN  ELEKTRIK RINGAN PELBAGAI FUNGSI 16KG (4 DALAM 1)

Bukan hanya berfungsi sebagai penyokong waktu berjalan, ia juga mempunyai pelbagai fungsi lain yang boleh memberikan manfaat kepada penggunanya. Untuk anda yang sedang tercari-cari alat untuk bantu berjalan anda boleh teruskan bacaan dibawah apakah keistimewaan kerusi ini dan bagaimana ia akan memudahkan hidup penggunanya sehari-hari.

CIRI-CIRI ALAT BANTUAN BERJALAN ELEKTRIK 4 DALAM 1

Alat bantuan berjalan ini adalah satu badan yang ideal di mana ianya sangat-sangat ringan hanya 16kg sahaja, Yang diperbuat daripada aluminium aloi dan juga boleh dilipat dalam masa beberapa saat sahaja, mudah di simpan, boleh dibawa menaiki kapal terbang, keretapi dan juga kenderaan lain. Bermaksud Ianya mudah dibawa untuk berjalan jalan. Selain daripada menjadi alat bantuan berjalan ia juga boleh dijadikan kerusi roda elektrik skuter dan juga tempat untuk meletak barang semasa membeli belah.

KEGUNAAN ALAT BANTUAN BERJALAN INI

Menyokong kekuatan dan postur badan untuk berjalan dengan lebih lancar lagi. Apabila kekuatan otot dan tulang semakin hilang, ramai warga emas atau pesakit yang memerlukan alat bantuan seperti ini akan dapat bergerak dengan lebih selamat dan lancar. 

Mempunyai beg yang besar di bawah tempat duduk untuk digunakan sebagai troli penyimpanan barang semasa membeli belah. Jika pengguna yang menggunakan alat bantuan berjalan ini, secara automatik mereka tidak memerlukan troli barangan kerana ia mempunyai ruang yang besar untuk meletakkan barangan anda can berfungsi seperti troli membeli belah

Bayangkan anda membawa ibu bapa anda dengan alat bantuan berjalan elektrik ini, dan mereka boleh menggunakan alat ini sebagai kerusi sendirian, tanpa berkongs dengan sesiapa, ataupun jika tidak mampu solat dalam keadaan berdiri, masih boleh menggunakan kerusi ini untuk solat. Mudahkan? Boleh ditukarkan menjadi kerusi personal. Bermakna anda boleh menjadikan ia sebagai kerusi untuk di mana-mana saja

Kegunaan lain ialah boleh ditukarkan menjadi kerusi roda elektrik hanya dengan menukar kedudukan tempat letak tangan dan juga tempat letak kaki. Untuk penggunanya mendapat manfaat lain seperti kerusi roda elektrik jika anda berasa penat untuk berjalan

Alat Pemulihan bagi pesakit yang sedang dalam proses pemulihan fizikal. Untuk pesakit yang sedang dalam proses menguatkan otot kaki dan tulang kaki, alat ini boleh membantu dalam proses pemulihan tersebut. Jadi anda boleh menggunakan di mana-mana sahaja tanpa perlu risau.

Alat Pemulihan bagi pesakit yang sedang dalam proses pemulihan fizikal. Untuk pesakit yang sedang dalam proses menguatkan otot kaki dan tulang kaki, alat ini boleh membantu dalam proses pemulihan tersebut. Jadi anda boleh menggunakan di mana-mana sahaja tanpa perlu risau.

Jadi bayangkan anda membeli satu barangan sahaja yang boleh memberikan empat fungsi utama dan juga membantu anda dalam kehidupan seharian. Bak kata pepatah, alah membeli, menang memakai bermakna anda dapat 4 fungsi yang berlainan dalam satu harga.  Boleh dijadikan hadiah untuk kedua ibu bapa anda supaya mudah mereka bergerak sendiri. Selain itu boleh dibawa kemana-mana sahaja kerana ianya ringan dan mudah dilipat untuk dimuatkan kedalam kenderaan. Bagi jemaah umrah, adalah sangat digalakkan untuk warga emas kerana ia sangat memudahkan keadaan mereka untuk tawaf, saei dan juga berjalan jalan serta solat. 

Ciri-ciri:

  • Sangat ringan hanya 16 kg sahaja, Mudah dibawa ke mana saja dan juga boleh dibawa ke Mekah. Kemudahan bateri adalah dibawah syarat-syarat yang ditetapkan.
  • Mudah dilipat hanya beberapa saat sahaja. Tiada lagi kerja-kerja remeh untuk dibuka dan dipasang semula.
  • Menggunakan bateri litium 24V10Ah
  • Ketahanan yang rasa kerana Material Aloi Aluminium yang digunakan sebagai rangka kerusi.
  • Mempunyai 4 dalam 1- Kerusi roda elektrik, troli semasa membeli-belah, alat bantuan berjalan dan kerusi personal
  • Anggaran jarak adalah 20 km ketahanannya
  • Tempat penyimpanan yang besar di bawah, sesuai untuk digunakan membeli belah sambil menjadi alat sokongan berjalan

Terdapat beberapa ciri-ciri yang diperlukan dalam misi pencarian alat bantuan berjalan sama ada secara manual ataupun menggunakan bateri

Ciri-Ciri Lain:

4 in 1 Electric Walker

Wheelchair Lightweight 16kg Multifunction
RM4150
RM 3,850
00
  • 100% Produk Berkualiti
  • Jaminan Kedai
  • Servis selepas Pembelian
  • Barang Alat Ganti
Promosi

KESIMPULAN

Walaubagaimana pun, anda perlu meneliti ciri-ciri nya sesuai dengan pengguna yang akan menggunakan alat bantuan ini. Adakah ia menepati ciri-ciri yang anda cari dalam alat bantuan berjalan tersebut atau tidak. Walaupun harga nya berpatutan dengan kelebihan yang ada, ia juga perlu sesuai dengan pesakit atau pengguna. Banyak ciri-ciri yang bermanfaat kepada penggunanya jika penggunaan digunakan secara optimum.

Setelah mengetahui fungsi dan manfaat kerusi ini, adakah anda akan mempertimbangkan produk ini atau mengesyorkan kepada rakan-rakan yang lain? Untuk banyak lagi produk bantuan, kerusi roda dan pelbagai alatan lain anda boleh ke FRESCO BIKE 

@frescobike_

4 fungsi yang boleh digunakan dari satu kerusi roda elektrik 😉

♬ 原聲 - buqicrew_official
@frescobike_ Reply to @user7569178176833 ♬ original sound - ❤️⭐

KENAPA MEMILIH FRESCO BIKE?

CARA PEMBELIAN

Boleh datang terus ke kedai kami! Klik peta dibawah untuk melihat lokasi kami!

Pembelian secara online melalui platform rasmi Shopee & Lazada kami!

X
%d bloggers like this: