Kuala Lumpur | Isnin – Sabtu | 9am – 6pm

Kerusi Roda Elektrik Ringan Perempuan Boleh Angkat

Berat purata sebuah kerusi roda elektrik yang paling ringan terdapat di kedai Fresco Bike diantara 15kg – 18kg. Ia cukup kukuh dan tahan lama untuk kegunaan seharian namun cukup ringan untuk menjadi sangat mudah alih.

Kerusi roda elektrik ringan sangat mudah untuk dilipat dan disimpan di bahagian belakang bonet kereta sedan. Beberapa kerusi roda elektrik ringan mendapat kelulusan dari syarikat penerbangan kerana bateri kalis tumpah dan kalis api.

Kelebihan Menggunakan Kerusi Roda Elektrik Ringan

  • Lebih ringan daripada berat kerusi roda elektrik yang biasa
  • Sesuai untuk digunakan untuk dibawa berjalan-jalan kerana mudah dan ringan untuk disimpan
  • Mudah untuk diletak dan dibawa masuk ke dalam bonet kereta sedan
  • Tidak memerlukan ramp, lift atau peralatan tambahan untuk mengangkat

Apakah jenis kerusi roda elektrik boleh dilipat yang paling ringan ?

Kerusi roda elektrik boleh dilipat yang paling ringan ada di Fresco Bike ialah 15kg Electric Wheelchair Lightweight dan 15kg Black Super Lightweight Electric Wheelchair

15kg Electric Wheelchair Lightweight
15kg Black Super Lightweight Electric Wheelchair

Membeli kerusi roda elektri ringan

Apabila anda memilih untuk membeli kerusi roda elektrik ringan, anda boleh pertimbangkan dimana anda akan menggunakannya paling banyak, didalam atau diluar rumah, apakah ciri kerusi roda elektrik yang anda perlukan, ambil kira juga mengenai jumlah berat kerusi roda elektrik dan kapasiti berat yang mampu ditampung oleh kerusi roda elektrik tersebut, dan berapakah bajet yang anda ada untuk membeli kerusi roda elektrik.

Membeli kerusi roda elektrik ringan yang paling sesuai dengan keperluan dan gaya hidup anda akan memberikan anda keselesaan untuk anda bergerak seharian. 

Jawab soalan dibawah akan mambantu anda untuk membuat keputusan sebelum memilih untuk membeli kerusi roda elektrik ringan

  • Adakah anda bercadang menggunakan kerusi roda elektrik untuk kegunaan didalam atau diluar rumah atau kedua-duannya?
  • Adakah anda akan membawa kerusi roda elektrik anda menaiki kereta, kapal terbang, atau kapal persiaran?
  • Berapakah berat yang boleh ditampung dan berat kerusi roda elektrik yang anda perlukan?
  • Berapakah kelajuan tertinggi yang anda perlukan untuk kerusi roda elektrik ?
  • Berapakah bajet anda?

Ciri-ciri Kerusi Roda Elektrik Ringan

  • Mudah alih – sesuai untuk travel, mudah digunakan dan disimpan
  • Ketahanan – Kerusi roda elektrik ringan yang anda pilih perlu diperbuat dari bahan berkualiti tinggi. Kerusi roda elektrik harus tahan lama dan mempunyai keupayaan untuk membawa anda bergerak dengan bebas tanpa masalah.
  • Keselesaan – Kerusi roda berkuasa ringan direka untuk keselesaan dan kemudahan pengguna. Jika anda tidak selesa dengan kerusi roda berkuasa yang anda pilih, ia mungkin menyebabkan anda menghadapi masalah dan anda tidak akan gembira menggunakannya. Tempat duduk yang tidak selesa boleh menyebabkan kudis membiak dan membuatkan anda untuk mempunyai postur yang tidak baik.
  • Kebolehgerakan – Apabila memilih kerusi roda berkuasa ringan, anda mungkin perlu memastikan ia dapat menyokong anda dalam menyelesaikan tugas harian anda. Lihat spesifikasi secara detail untuk menentukan kebolehgerakan. Kerusi roda elektrik anda harus boleh dikendalikan dalam membantu anda menjalankan tugas, pergi membeli-belah, melawat taman, dan pergi berjumpa keluarga atau rakan anda.

Kos kerusi roda elektrik ringan

Harga purata sebuah kerusi roda elektrik ringan ialah diantara RM3800 sehingga RM5000. Harga ini bergantung kepada saiz, jenis model, kapasiti berat dan ciri lain untuk kerusi roda elektrik. Model yang memiliki banyak ciri keistimewaan dan berat yang paling ringan akan menjadikan kerusi roda elektrik itu lebih mahal.

Berikut ialah harga kerusi roda elektrik ringan yang terdapat di Fresco Bike

JenisHarga
18.5kg Electric Wheelchair Lightweight AluminumRM 3,550
15kg Electric Wheelchair LightweightRM 3,950
15kg Double Controller Electric Wheelchair LightweightRM 4,150
18kg Big Seat Hybrid Double Battery Electric WheelchairRM 4,550
Hubungi kami untuk mendapatkan lebih maklumat mengenai kerusi roda elektrik ringan

Kesimpulan

Idea yang baik untuk mempertimbangkan keperluan anda dan cara kerusi roda elektrik ringan  dapat meningkatkan gaya hidup anda. Buat carian dan buat kajian terlebih dahulu apabila membeli kerusi roda berkuasa ringan. Ambil kira ciri dan tips yang telah kami kongsikan di atas apabila membuat keputusan tentang jenis kerusi roda elektrik yang hendak dibeli.

X
%d bloggers like this: