Kuala Lumpur | Isnin – Sabtu | 9am – 6pm

Kerusi Roda Manual VS Kerusi Roda Elektrik

Banyak perkara yang perlu di ambil kira apabila anda ingin membeli kerusi roda. Memilih kerusi roda yang tepat akan meningkatkan kebebasan dan kualiti kehidupan anda. Keselesaan, kemudahan penggunaan, dan keselematan antara faktor utama yang perlu diambil kira semasa proses pembelian.

Semasa anda membuat pilihan, anda perlu fikirkan juga tentang jenis persekitaran tempat untuk anda gunakan kerusi roda, seperti di rumah, tempat awam, atau di luar rumah. Ambil kira juga berapa lama anda akan menggunakan kerusi roda. Selain itu, pertimbangakan sama ada anda akan menggunakan kerusi roda sendiri atau memerlukan bantuan orang lain. 

Salah satu pilihan pertama dalam proses pembelian adalah untuk menentukan sama ada anda ingin menggunakan kerusi roda manual atau kerusi roda elektrik

Kemudahan Bergerak / Mobiliti

Secara logiknya sebuah kerusi roda manual lebih sukar untuk digerakkan berbanding kerusi roda elektrik.

Jika anda ingin menggunakan kerusi roda untuk bergerak sepanjang hari atau dalam jarak yang jauh

  • Kerusi roda manual akan menimbulkan cabaran untuk bergerak kerana anda perlu mempunya kekuatan dan daya tahan untuk menggerakkan kerusi roda anda dan memusingkan roda belakang yang besar untuk jangka masa yang panjang.
  • Kerusi roda elektrik mempunyai bateri, motor dan bahagian yang menjadikan kerusi roda elektrik lebih mudah untuk digerakkan dengan hanya menggunakan controller. Kerusi roda elektrik lebih sesuai untuk digunakan oleh individu yang tidak mempunyai kekuatan badan untuk menolak kerusi roda atau tiada penjaga yang boleh membantu. 

Fakor Keselesaan

  • Kerusi roda manual kebiasaanya mempunyai tempat duduk dan pelapik belakang yang lebih nipis supaya kerusi roda lebih mudah untuk dilipat dan diangkut
  • Kerusi roda berkuasa sering direka untuk penggunaan mobiliti dalam jangka masa panjang. Ia biasanya didatangkan dengan tempat duduk dan pelapik bahagian belakang yang lebih tebal dan lembut. Selain itu, model elektrik lebih banyak yang menggunakan tayar yang sesuai untuk semua permukaan dijalan sama ada rata ataupun tidak. 

Air Cushion

Tambah air cushion jika ingin tempat duduk kerusi roda anda lebih selesa dan lembut

Kos dan Penjagaan

Ramai orang lebih memilih kerusi roda manual kerana ia memenuhi keperluan mobiliti mereka, lebih mudah untuk dibawa, dan lebih murah daripada kerusi roda elektrik.

Kerusi roda berkuasa mempunyai lebih banyak bahagian dan sistem elektrik. Namun, dengan penjagaan yang tepat anda dapat memanjang tempoh penggunaan kerusi roda elektrik anda. Di Fresco bike, kami menawarkan jaminan, servis selepas pembelian dan barang alat ganti untuk setiap kerusi roda elektrik keluaran kami. 

 

Kebolehangkutan

Dari segi kemudahan pengangkutan anda perlu memilih kerusi roda yang mempunyai berat yang ringan, mudah untuk dilipat dan muat dimasukkan kedalam bonet kereta. 

Kebanyakkan kerusi roda elektrik keluaran Fresco Bike mempunyai saiz yang lebih compact, boleh dilipat dan muat dimasukkan kedalam bonet kereta sedan.

Kesimpulan

Jika anda memerlukan bantuan untuk membuat pilihan untuk memilih kerusi roda yang tepat untuk anda. Anda boleh hubungi kami untuk meminta pendapat dan ulasan dari rakan kerja Fresco Bike yang mempunyai pengalaman tentang kerusi roda. Tekan gambar Kamarul dibawah.

X
%d bloggers like this: