Kuala Lumpur | Isnin – Sabtu | 9am – 6pm

Perbezaan Antara Komode, Rollator, dan Walker: Memahami Peranti Bantu

Apabila anda mencari peranti alat bantuan di pasaran. Anda akan dapati terdapat pelbagai jenis dan pilihan yang ada, ia kadang-kala boleh memeningkan jika anda tidak tahu perbezaan dan penggunaan setiap produk yang ditawarkan.

Komod, rollator, dan walker antara produk yang dicipta untuk membantu individu bergerak dalam kehidupan seharian, tetapi setiap satu mempunyai fungsi yang berbeza dan menawarkan ciri-ciri yang unik. Artikel ini bertujuan untuk menjelaskan perbezaan di antara peranti-peranti ini, semoga ia dapat membantu anda dalam membuat keputusan yang betul dalam membuat pemilihan mengikut keperluan diri atau orang yang tersayang.

Komode

Fungsi utama sebagai tandas mudah alih. Ia adalah alat penting bagi mereka yang mempunyai kesukaran untuk mengakses bilik air disebabkan oleh kehilangan, keadaan selepas pembedahan, atau isu kesihatan lain

Struktur

Didatangkan dengan tempat duduk tandas dan bekas yang boleh dikeluarkan di bawah untuk pengumpulan sisa.

Variasi

Terdapat modal yang boleh diletakkan di atas tandas sedia ada, ia berfungsi sebagai tempat duduk tandas yang ditinggikan dengan tempat pemegang yang kukuh

Keselesaan

Sesetengah modal di datang dengan tempat letak tangan, dan sesetengah modal menawarkan tempat duduk yang tebal untuk keselesaan tambahan

Penyimpanann

Majoriti komod boleh dilipat, memudahkan penyimpanan dan pemindahan

Rollator

Direka khas untuk individu yang boleh berjalan tetapi memerlukan alat bantuan ketika berjalan. Ia sangat membantu mereka yang cepat letih ketika berjalan dan memerlukan tempat duduk dari semasa ke semasa.

Mobility

Kebiasaannya didatangkan dengan empat roda untuk pergerakkan yang lebih selamat 

Keselamatan

Terdapat pemegang dan brek tangan untuk menghalang pergerakan yang tidak diingini, serta memastikan keselamatan pengguna.

Ciri Tambahan

Kebanyakkan rollator didatangkan dengan tempat duduk, bagi memudahkan pengguna untuk berehat. Sesetengah daripada rollator juga dilengkap dengan ruang untuk menyimpan barang

Keselesaan

Tempat pemegang rollator kebiasaanya boleh dilaras mengikut keselesaan pengguna

Walker

Direka khas untuk mereka yang memerlukan kestabilan dan keseimbangan ketika berjalan secara bebas, sama ada disebabkan oleh pembedahan, kecederaan, atau isu pergerakkan lain.

Struktur

Bentuk asas kebiasaannya sebuah rangka sederhana dengan empat kaki, yang boleh diangkat atau didorong oleh pengguna semasa bergerak

Variasi

Sesetengah walker mempunyai dua roda di hadapan, menjadikan pergerakan ke depan lebih mudah tanpa perlu mengangkat keseluruhan bingkai.

Grip

Kebiasanya datang dengan pemegang grip, memberikan pegangan yang kukuh untuk pengguna

Flexibility

Boleh dilipat dan boleh disesuaikan ketinggiannya bagi memastikan ia memenuhi keperluan pelbagai pengguna dan batasan penyimpanan

Komode, rollator, dan walker direka untuk membantu dan meningkatkan kualiti hidup bagi individu yang menghadapi masalah untuk bergerak, serta memenuhi keperluan yang berbeza.

Komode

Bantuan untuk tandas

Rollator

Bantuan untuk berjalan dengan kemudahan tambahan tempat duduk dan ruang penyimpanan.

Walker

Bantuan untuk kestabilan dan sokongan yang mudah semasa berjalan

Kerusi Roda Elektrik

Rollator

Walker

Troli Serbaguna

Solusi untuk semua!

Boleh digunakan dalam 4 mode yang berbeza!

Kelebihan yang ditawarkan

Anda hanya menggunakan satu alat untuk memenuhi pelbagai keperluan, dan ia nya dapat menjimatkan ruang untuk menyimpan

Walaupun kos awal mungkin lebih tinggi daripada membeli alat yang mempunyai satu fungsi, namun dalam jangka masa panjang ia lebih jimat daripada membeli 4 alat yang berlainan fungsi

Jika anda mempunyai ruang yang terhad, anda tidak perlu risau kerana dengan satu alat anda boleh menggunakan dengan pelbagai fungsi

Seiring perubahan keperluan pengguna, alat ini boleh digunakan. Misalnya, seseorang yang pulih dari pembedahan mungkin pada mulanya menggunakannya sebagai walker, beralih ke rollator saat mereka mendapatkan kekuatan untuk bergerak kembali, dan  menggunakan fungsi kerusi roda elektrik pada hari yang sangat meletihkan.

Versatiliti

Boleh digunakan dalam pelbagai mode dan dapat menjiimatkan ruang tanpa perlu menambah alat lain

Jimat Kos

Walaupun kos awal mungkin lebih mahal daripada membeli peranti dengan satu fungsi. Namun dalam jangka panjang, ia mungkin lebih kos-efisien daripada membeli empat peranti berasingan

Jimat Ruang

Penjimatan ruang untuk menyimpan terutamanya bagi mereka yang mempunyai ruang yang terhad, kerana mereka hanya perlu menyimpan satu peranti multifungsi

Mudah Disesuaikan

Seiring perubahan keperluan pengguna. Misalnya, seseorang yang pulih dari pembedahan mungkin pada mulanya menggunakannya sebagai walker, beralih ke rollator saat mereka mendapatkan kekuatan kembali, dan kadang-kadang menggunakan fungsi kerusi roda elektrik pada hari yang sangat meletihkan

X
%d bloggers like this: