Kuala Lumpur | Isnin – Sabtu | 9am – 6pm

Kerusi Mendaki Elektrik: Meningkatkan Mobiliti di Rumah

Bagi sesetengah orang yang  menghadapi masalah pergerakan, untuk bergerak didalam rumah yang mempunyai tingkat tangga menjadi masalah utama.

Namun, anda tidak perlu risau lagi kerana Fresco Bike telah melancarkan produk terbaharu untuk membantu anda iaitu Kerusi Mendaki Elektrik atau dikenali sebagai kerusi lif tangga yang menawarkan penyelesaian untuk membolehkan individu melalui tangga dengan mudah dan selamat.

Memahami Kerusi Mendaki Elektrik

Kerusi lif tangga adalah kerusi yang berfungsi dengan menggunakan bateri yang membolehkan ia bergerak sepanjang sistem trek pada tangga.

Produk ini direka menggunakan kuasa bateri, jadi ia tetap berfungsi walaupun semasa gangguan elektrik.

Pengguna hanya perlu duduk di kerusi, memakai tali keselamatan yang disediakan, dan penjaga boleh menggunakan alat kawalan untuk naik atau turun tangga.

Memahami Kerusi Mendaki Elektrik

Kerusi lif tangga adalah kerusi yang berfungsi dengan menggunakan bateri yang membolehkan ia bergerak sepanjang sistem trek pada tangga.

Produk ini direka menggunakan kuasa bateri, jadi ia tetap berfungsi walaupun semasa gangguan elektrik.

Pengguna hanya perlu duduk di kerusi, memakai tali keselamatan yang disediakan, dan penjaga boleh menggunakan alat kawalan untuk naik atau turun tangga.

Ciri Utama dan Ciri Keselamatan

Ciri keselamatan adalah perkara utama yang perlu di ambil kira.

Kerusi lif tangga dari Fresco Bike didatangkan dengan tali pinggang keselamatan, bunyi amaran semasa turun dan naik tangga.

Ciri penting adalah kemampuan untuk berputar di bahagian atas tangga, memudahkan pengguna untuk turun dengan lebih selamat.

Cara Penggunaan

Bentuk permukaan tangga menentukan cara penggunaan.

Size dan bentuk tangga ini paling selamat dan sesuai digunakan kerusi lif tangga

Untuk bentuk tangga lain anda boleh mendapatkan khidmat bantuan staff kami yang berpengalaman

Jenis dan Kos

Terdapat 2 variasi kerusi lif tangga yang kami tawarkan dengan ciri-ciri dan harga yang berbeza

Classic Model
Flagship Model
Apakah perbezaan dua model kerusi lif tangga Fresco Bike >>

Manfaat Berlipat Ganda

Lebih daripada kemudahan semata-mata, bagi mereka yang menghadapi cabaran mobiliti, kerusi lif tangga dapat mengubah kehidupan seharian mereka dengan memastikan semua tingkat rumah tetap dapat diakses dan menghindari risiko yang berkaitan dengan mendaki tangga.

Membuat Pilihan yang Tepat

Sebelum membuat keputusan untuk membeli produk ini, pengguna harus memastikan kerusi lif tangga yang dipilih dapat menampung berat pengguna dan sesuai dengan dimensi tangga yang ada dirumah mereka atau tempat yang ingin mereka gunakan.

Selain itu, harus juga pertimbangkan keperluan masa hadapan, kerana besar kemungkinan pengguna memerlukan fungsi yang berbeza

Menyelenggarakan Kerusi Lif Tangga Anda

Penyelenggaraan yang rutin adalah penting untuk memanjangkan jangka hayat kerusi lif tangga dan memastikan ianya selamat digunakan.

Kami menyarankan pemeriksaan tahunan untuk menangani sebarang kemungkinan haus dan mengelakkan isu mekanikal.

Kesimpulannya, kerusi mendaki elektrik memberikan kemudahan yang penting untuk ramai orang, merapatkan jurang antara lantai dan menambah rasa kebebasan untuk bergerak.

X
%d bloggers like this: