Ketika anda ingin membeli kerusi roda elektrik, pekerja kedai akan menerangkan pada anda tentang ciri-ciri dan kelebihan yang ada pada kerusi roda elektrik tersebut. Tidak dilupakan juga aksesori yang boleh digunakan pada kerusi roda elektrik tersebut. Tetapi apabila anda mendapati terdapat dua jenis kerusi roda elektrik dengan harga yang lebih kurang sama, disini ada beberapa ciri-ciri yang anda boleh teliti untuk memilih kerusi roda elektrik yang tepat untuk anda.

  1. Bandingkan motor kerusi roda elektrik, kerana motor tersebut adalah bahagian yang penting dan kuasa kerusi roda elektrik tersebut bergantung pada motor nya.
  2. Bandingkan tempat kawalan yang digunakan. Sangat penting untuk memastikan tempat kawalan stabil, mudah untuk digunakan dan selamat untuk digunakan.
  3. Bandingkan jenis dan kapasiti bateri yang digunakan. Sama ada bateri jenis Lithium ataupun Lead-Acid. Kerana jenis bateri menentukan penjagaan yang menggunakan kos dalam jangka masa panjang dan kapasiti bateri menentukan berapa lama kerusi roda elektrik dapat bergerak.
  4. Bandingkan jenis tayar dan kusyen kerusi yang digunakan dan pilih kerusi roda elektrik yang memberi keselesaan maksimum kepada bakal penggunanya.

Leave a Reply