Kebiasaannya selalu anda nampak di mana-mana sahaja terutamanya di hospital dan tempat awam lain, kegunaan kerusi roda bukan hanya untuk pesakit sahaja malahan orang kurang upaya dan juga warga emas. Kemudian pernah tak anda perhatikan di hospital atau dimana-mana sahaja orang yang menggunakan kerusi roda elektrik? Kebiasaannya kerusi roda yang selalu dilihat adalah yang jenis manual, disini Fresco Bike akan memberikan penerangan tentang definisi kerusi roda elektrik, sejarah serta perkembangannya dari masa ke semasa.

Kerusi roda menjadi satu kemudahan asas kepada pesakit yang kehilangan daya pergerakan terutamanya di bahagian kaki. Jadi kerusi roda akan digunakan untuk membantu pesakit untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Jika sekarang dimana-mana sahaja anda boleh melihat penggunaan kerusi roda adalah meluas di seluruh dunia dan mempunyai pelbagai saiz, bentuk dan fungsinya.

Malahan untuk umat Islam yang mengerjakan ibadah Haji dan Umrah di Mekah, terdapat perkhidmatan penyediaan kerusi roda manual dan elektrik yang disediakan untuk jemaah Haji/ Umrah yang uzur atau kurang upaya untuk melakukan pusingan tawaf, malahan disediakan sekali laluan khas buat jemaah yang menggunakan khidmat kerusi roda ini.

  1. SEJARAH PERTAMA KERUSI RODA DAN PERKEMBANGANNYA

Sejarah merekodkan penciptaan kerusi roda pertama pada tahun 1595 di China pada an bad ke 5 dan 6 masihi di mana ia digunakan untuk mengangkut barang dan juga orang kurang upaya. Kerusi roda atau perabut bergerak ini  dicatatkan di atas batu bertulis di China dan tempat tidur kanak-kanak yang digambarkan di sebuah duka pada pasu Yunani. Kedua-duanya berasal dari abad ke 5. Digunakan pada permulaannya untuk menggerakkan orang dan benda berat dan akhirnya dikembangkan sehingga menjadi satu bentuk mekanisme bantuan bagi golongan kelainan upaya.

Namun dakwaan itu disangkal kerana terdapat juga penggunaan kerusi roda atau perabot beroda yang mempunyai fungsi yang lebih kurang sama dibina untuk kegunaan King Philip II dari Sepanyol. Kemungkinan kerusi roda telah memasuki Eropah pada sekitar abad ke 12.  Jadi secara kesimpulannya tiada yang tahu sejarah asal yang sahih tentang kerusi roda dan siapakah yang mula menciptanya.

  • KERUSI RODA ELEKTRIK

Kerusi roda manual akan digerakkan menggunakan tangan dimana pesakit atau penggunanya perlu berupaya menolak menggunakan tangan ataupun di bantu oleh orang lain. Tetapi sejarah kerusi roda elektrik atau dipanggil juga sebagai kerusi berkuasa elektrik, atau kerusi roda bermotor bermula pada tahun 1930an di mana seorang pereka telah mencipta kerusi roda yang menggunakan kuasa elektrik iaitu George Klein yang pada waktu itu berkhidmat di Majlis Penyelidik Kebangsaan Kanada.

Seiring perkembangan teknologi, kerusi roda manual juga mengalami perkembangan di mana idea untuk mencipta kerusi roda elektrik ini berasal daripada idea membantu golongan organisasi veteran yang lumpuh dan cedera daripada perang dunia ke-2 yang mempunyai kesukaran untuk bergerak menggunakan kerusi roda manual. Dan dari situ timbullah penciptaan kerusi roda elektrik yang menggunakan bateri dan motor kecil. 

Kerusi roda elektrik komersial pertama dihasilkan dengan kebolehan boleh dilipat, namun ianya agak berat dan menggunakan kuasa bateri asid plumbum. Kerusi roda elektrik tersebut memerlukan kayu pemegang sebagai bidik yang mengawal pergerakan kerusi tersebut. 

  • PERKEMBANGAN KERUSI RODA ELEKTRIK

Pada permulaan penciptaan, motor kecil dipasang di kerusi roda manual untuk menggerakkannya, ia dikenali sebagai kerusi roda kuasa konvensional. Kemudian pembuatan kerusi roda menjadi lebih maju apabila bateri dan motor dipasang di bawah tempat duduk mula diperkenalkan. Penambahbaikan ini seiring dengan perkembangan teknologi dimana kini kita boleh melihat kerusi roda elektrik yang menggunakan kuasa bateri yang tahan lebih lama, lebih ringan. Pengawalan kelajuan dan ergonomik dengan kuasa pengawalan yang lebih sempurna.

Boleh dikatakan penambahbaikan kerusi roda elektrik ini tampak lebih baik kerana ia menumpukan soal keselesaan tempat duduk yang membantu melegakan tekanan daripada luka dan otot anggota yang terjejas. 

Terdapat dua jenis mekanisme yang digunakan pada sistem kerusi roda elektrik iaitu :

  • Sistem Pemacu Tidak Langsung

Sistem ini menggunakan takal dan tali pinggang penggerak di mana ia perlu menggunakan kekuatan anggota badan bahagian atas untuk menggerakkannya.

  • Sistem Pemacu Langsung

Menggunakan kotak gear yang digunakan untuk menggerakkan kerusi. Sebilangan besar kerusi roda elektrik akan menggunakan sistem pemacu secara langsung yang dilengkapi dengan bateri yang boleh menghidupkan kerusi roda elektrik tersebut.

  • PERMINTAAN DALAM PASARAN

Selepas perang dunia ke II, permintaan untuk kerusi roda berkuasa elektrik meningkat di mana ramai veteran yang mengalami kecederaan kekal sehingga ada yang lumpuh memerlukan kerusi roda elektrik untuk memudahkan pergerakan mereka. Dengan penambahbaikan teknologi dan rekabentuk, pasaran kerusi roda elektrik mula naik mendadak sejak abad ke 20 lagi. 

Sejak tahun ke 2000, kerusi roda elektrik yang semakin berkembang dari segi teknologi mula meluas dipasarkan di pasaran Malaysia kerana kegunaannya yang meluas, ditambah dengan roda khas yang membantu penggunanya bergerak tanpa memerlukan bantuan orang lain berbanding dengan kerusi roda manual yang memerlukan kekuatan anggota badan di atas kuat untuk mengendalikannya. Contohnya di Malaysia kini mempunyai banyak jenis dan jenama kerusi roda elektrik yang berada di pasaran antaranya ialah kerusi roda elektrik Malaysia iaitu Fresco.

Malahan pernah tak anda melihat penggunaan kerusi roda elektrik masa kini digunakan oleh penghantar makanan seperti Grabfood bagi orang kelainan upaya? Tidak mustahil ramai lagi orang kelainan upaya yang mampu bergerak dan menjana pendapatan sendiri dengan memiliki kerusi roda elektrik ini.

  • PENGGUNAAN KERUSI RODA DALAM SUKAN

Dalam bidang sukan, kerusi elektrik juga digunakan secara meluas di mana ia mempunyai sistem yang direka untuk kesesuaian dengan kecacatan yang berbeza. Sukan kerusi roda banyak dikaitkan dengan kecederaan tulang belakang.

Ia mula diuji dalam sukan pertama kali pada 1940 an dan menjadi formal pada tahun 1950 an oleh Ludwig Guttman di Stoke Mandeville Hospital. Ia dikelaskan didalam pengkelasan perubatan. Pada tahun 1960 ketika pertama kali Permainan Stoke Mandeville Antarabangsa diadakan di Rom, perubahan demi perubahan berlaku yang mana ia memfasilitasi akan kemampuan orang yang mempunyai kecederaan saraf tunjang untuk bersaing dengan pelbagai jenis kecacatan lain sehingga kini sukan kerusi roda elektrik digunakan.

  • KESIMPULAN

Apa yang dapat disimpulkan adalah, kewujudan kerusi roda elektrik yang bermula dengan rekacipta kerusi roda manual telah mengalami perkembangan semasa sehingga wujudnya teknologi kerusi roda elektrik sehingga ini. Penggunaan kerusi roda elektrik menjadi satu kelebihan buat orang yang mengalami kecacatan sehingga memerlukan kerusi roda elektrik untuk bergerak. Banyak kegunaan harian untuk orang yang memerlukan penggunaan kerusi roda elektrik ini dalam kehidupan seharian mereka di samping dapat bergerak secara lebih berdikari tanpa mengharapkan bantuan orang lain.



Leave a Reply