Sebagai manusia normal, kita kadang-kadang kurang tahu tentang manusia lain dan keperluan mereka, sama juga kita sebagai orang muda yang kurang tahu tentang keperluan orang yang lebih tua. Setiap permasalahan yang berlaku akan membentuk perkara baru dan menghasilkan keperluan. Bayangkan anda mempunyai ibu atau bapa yang memerlukan penjagaan rapi untuk bergerak dan menjalani kehidupan seharian. Dan anda sedang berkira-kira untuk menyediakan satu kerusi roda elektrik untuk dihadiahkan kepada ibu atau bapa anda.

Persoalannya ialah bagaimana kerusi roda elektrik yang mungkin tidak nampak penting untuk orang yang normal tapi sangat-sangat penting kepada insan yang memerlukan. Bagaimana ia dapat memudahkan kehidupan harian mereka atau anda sendiri. Jom kita tengok apakah faktor yang membuatkan kerusi roda elektrik ini sangat membantu.

  1. SESUAI UNTUK SEMUA

Penggunaan kerusi roda elektrik adalah sesuai untuk semua tanpa mengira usia, berat badan, faktor kesihatan atau ketinggian. Semua boleh menggunakan kerusi roda elektrik dengan kapasiti dan kemudahan yang berbeza. Boleh lihat jenis-jenis kerusi elektrik yang berbaloi di www.kerusirodaelektrik.com untuk pertimbangan anda.

Rekabentuk dan teknologi yang digunakan sekarang berkembang daripada dahulu menyebabkan penggunaaan kerusi roda elektrik kini mesra pengguna, mesra poket dan mesra alam. Sesuai untuk peringkat umur dan keadaan. Walaupun penggunaan kerusi roda manual digunakan secara meluas, kerusi roda elektrik juga menawarkan fungsi tambahan yang lebih baik terutamanya kepada pengguna yang tidak memiliki kekuatan badan bahagian atas untuk menolak kerusi roda manual. Dengan dilengkapi kuasa permotoran dan bateri, dengan kawalan tangan sahaja cukup untuk menggerakan kerusi tersebut.

  • KENDERAAN ALTERNATIF YANG BAIK

Jika dahulu kerusi roda terhad kerana sifatnya yang berat, besar, sukar dibawa kemana-mana namun sekarang berbeza kerana ia lebih ringan, lebih mudah dilipat dan boleh dimuatkan kedalam kenderaan anda. Pengguna bebas bergerak tanpa bantuan siapa-siapa didalam rumah, di mana-mana kawasan atau diluar. 

Ia boleh menjadi kenderaan yang praktikal kepada sesetengah pengguna, saya pernah melihat seorang lelaki warga emas menjadikan kerusi roda elektrik beliau untuk berulang alik ke masjid, kedai dan juga bersiar-siar. Walaupun tidak mampu memandu kenderaan lain, sekurang-kurangkan kerusi roda elektrik beliau sangat untuknya.

  • MENAIKKAN TAHAP KEYAKINAN SESEORANG

Semasa di hospital, saya melihat seorang doktor sedang menasihati pesakitnya untuk mendapatkan rawatan kesihatan mental bagi membantu beliau. Pesakit tersebut berumur diantara 30 an. Setelah dirisik rupanya beliau mengalami lumpuh bahagian kaki dan terpaksa bergantung kepada isteri beliau, dan ia menyebabkan keyakinan beliau hilang dan mengalami tekanan yang kuat kerana berasa dirinya adalah satu beban.

Senario di atas berlaku dikalangan masyarakat kita, bayangkan sekiranya beliau mempunyai kerusi roda elektrik yang membolehkan beliau bergerak bebas, tanpa memerlukan bantuan orang lain secara total. Ia akan membantu menaikkan keyakinan beliau apabila pesakit tersebut merasakan dia mampu berdikari seperti biasa. Secara langsung memudahkan aktiviti harian beliau dan mudahkan hidupnya seperti biasa. Sedikit sebanyak apabila keyakinan mula terbentuk semula, ia membantu dalam kesihatan mental seseorang. 

  • PILIHAN YANG SELAMAT

Kerusi roda elektrik yang dikeluarkan akan melalui proses keselamatan yang ketat supaya menjamin keselamatan pengguna. Dengan dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti takal berhenti, roda yang sesuai, material yang mesra alam menjadikan kerusi roda elektrik adalah pilihan yang selamat. Oleh sebab itu banyak syarikat yang menawarkan servis jaminan dalam tempoh tertentu. Banyak juga kajian yang dijalankan untuk penambahbaik rekaan dan keselamatan kerusi roda elektrik. Dari segi keupayaan graviti dan juga keupayaan 

Mana-mana pengguna tidak perlu bimbang dengan ciri-ciri keselamatan yang dilengkapkan. Kajian dan ujian telah dijalankan sebelum pengeluaran kerusi roda elektrik dipasarkan. Oleh kerana pusat graviti jauh lebih rendah dengan kerusi roda elektrik, ini bermakna ia cenderung lebih rendah daripada kerusi manual. Bergolek secara tidak sengaja dielakkan kerana pergerakan di kawasan yang kasar jauh lebih mudah.

  • PENGANGKUTAN MUDAH

Mengapa ia dikatakan pengangkutan yang mudah, tanpa memerlukan penggunaan tenaga yang banyak , ia masih bebas digunakan kemana-mana sahaja. Bayangkan anda dalam keadaan kurang upaya bergerak dan pergerakan minima, tapi anda perlu menolak kerusi roda manual seperti biasa. Menyukarkan pergerakan anda. 

Apabila kerusi roda elektrik dipasarkan secara meluas, ia membuatkan penggunanya kurang menggunakan tenaga yang ada untuk bergerak dan sangat sesuai untuk golongan warga emas, kurang upaya dan kanak-kanak. Lebih-lebih lagi kini kerusi elektrik dibina dengan rekaan lebih ringan dan mudah dilipat namun stabil

Contoh biasa, bayang anda boleh berjalan secara fizikal namun masalah kesihatan anda ialah pernafasan dan otot yang lemah. Setiap kali anda berjalan ia akan membuatkan tubuh anda menderita dan tidak baik untuk kesihatan anda. Dengan adanya kerusi roda elektrik anda bebas melakukan aktiviti biasa yang dilakukan namun tidak mendera tubuh anda kerana sebahagian dari tenaga yang digunakan telah diambil alih oleh kerusi elektrik tersebut. Mudahkan?

  • KESELESAAN

Pasti anda pernah alami masalah ini, apabila anda ingin membawa orang tua anda mereka akan mengeluh “tak larat berjalan”, “cepat penat”, “pergerakan terhad” dan macam-macam alasan lagi. Hakikatnya adalah mereka penat berjalan dan tidak mahu menjadi bebanan sekiranya mereka lambat bergerak dan akan membuatkan sesi percutian itu hambar.  Sesi melancong boleh bertukar menjadi pergaduhan jika anda mula mengeluh pergerakan ibu bapa anda lambat, terhad. Hadiahkan satu kerusi roda Elektrik buat mereka dan bayangkan mereka mendapat keselesaan apabila melancong atau bercuti kemana-mana sahaja. Mereka tak perlu berpenat, namun bebas untuk melancong. Jika kegunaan kerusi roda elektrik sesuai untuk kegunaan luar di mana-mana jenis permukaan, maka lebih afdal untuk dihadiahkan kepada mereka. 

Jika anda membeli kerusi roda yang betul, tiada alasan untuk anda tidak dapat melakukan perjalanan yang selamat dan selesa termasuk kedua ibu bapa anda. Banyak jenis kerusi roda elektrik di pasaran yang berkualiti tinggi untuk memenuhi keperluan mereka dan memberikan keselesaan. Dengan penggunaan kerusi yang empuk, sandaran kaki yang boleh diubah, tinggi rendah boleh dilaras. 

ADAKAH ANDA SEDANG MEMPERTIMBANGKAN PEMBELIAN KERUSI RODA ELEKTRIK?

Anda boleh mendapatkan testimoni disini Testimonial – Kerusi Roda Elektrik Malaysia dimana anda boleh merasai pengalaman yang sama dengan mereka. Jika dengan ini dapat memudahkan kehidupan anda, kehidupan orang tersayang ianya adalah berbaloi untuk didapatkan. Bayangkan kemudahan yang anda dapat dalam memudahkan aktiviti harian. 

Disini apa yang perlu ialah pertimbangkan pilihan yang ada, tengok kepada bajet yang anda sediakan, lihat juga keperluan dan kemudahan yang anda perlukan sebelum membeli. Pastikan anda “alah membeli menang memakai” supaya pembelian anda berbaloi setiap sen yang dilaburkan. Jika ia adalah hadiah untuk ibu bapa anda, pastikan anda memilih yang terbaik daripada yang baik supaya anda dapat meringankan serba sedikit kehidupan mereka. 

Leave a Reply