Apabila memilih kerusi roda elektrik untuk kegunaan pesakit atau golongan warga emas dan kurang upaya, pastinya jenis kerusi roda elektrik itu memenuhi keperluan pengguna. Hal ini kerana penggunaan utama kerusi roda elektrik adalah untuk memudahkan pergerakan penggunanya. Disini kami akan senarai jenis-jenis kerusi roda elektrik yang terdapat di pasaran sekarang untuk rujukan semua.

Jika telefon bimbit menjadi satu keperluan untuk memudahkan urusan harian, begitu juga dengan kerusi roda elektrik dimana ianya adalah satu perubahan besar dalam urusan harian yang mana ianya sangat-sangat membantu golongan kurang upaya, warga emas dan pesakit dalam mengharungi kehidupan seharian. Metafora untuk perbandingan telefon bimbit dan juga kerusi roda elektrik adalah sesuai di mana kedua-duanya adalah “life-changing” bagi umat manusia.

Terdapat 3 jenis pemacu utama dalam setiap kerusi roda elektrik yang mempunyai fungsi berbeza dengan penggunaannya. Dalam proses pengeluaran kerusi roda elektrik dalam pasaran. Pereka akan menetapkan kesesuaian pemacu dalam setiap jenis kerusi roda supaya memenuhi keperluan penggunaan sama ada golongan kurang upaya, kanak-kanak, warga emas atau pesakit. Sama seperti kereta, ada yang mempunyai motor di belakang, di hadapan atau kedua-duanya sekali. Penerangannya adalah seperti dibawah :

  1. Pemacu Roda Hadapan (FRONT WHEEL DRIVE)

Seperti kenderaan beroda yang lain, penggerak utama diposisikan dibahagian hadapan yang menggerakkan tayar menggunakan motor. Kuasa penggerak akan memutarkan roda di hadapan dan menyokong pergerakan tayar belakang untuk pergerakan yang lebih lembut. Sesuai untuk pesakit yang tidak boleh banyak bergerak atau bergegar. Sesuai untuk kawasan yang mempunyai halangan contohnya bonggol kecil atau besar, mendaki kawasan yang lebih tinggi.

Apabila roda pemacu roda berada di hadapan, proses pendakian menjadi lebih kuat apabila memerlukan pendakian.Apabila pemacu roda berada di hadapan, pengguna perlu melewati jalan yang memerlukan pendakian akan memudahkan proses melewati jalan yang lebih tinggi berbanding pemacu di belakang. Kerana kawalan motor akan mendahului bebanan badan.

Kerusi roda elektrik jenis ini agak kekok penggunaannya untuk sesetengah orang kerana kebiasaannya pemacu roda diposisikan di belakang. Namun jenis kerusi roda elektrik ini mampu berputar 360 darjah lebih selesa apabila tayar hadapan yang berpusing dahulu. Kawalannya juga memudah iaitu boleh menggunakan jari sahaja dan dagu untuk menggerakkan kerusi.

Kelebihan Kerusi Roda Pemacu Hadapan

  • Sesuai untuk pengguna yang memerlukan kawalan alternatif seperti dagu atau jari
  • Sesuai untuk semua jenis permukaan termasuk kegunaan dalaman dan luaran
  • Kuasa tayar hadapan membolehkan penggunaannya di kawasan tinggi (kuasa pendakian)
  • Selesa kerana mengurangkan impak getaran kerana ia berada di kawasan tayar hadapan.
  • Lebih berkuasa tinggi kerana ia memerlukan untuk menggerakkan tayar dan bebanan di belakang

Kekurangan Kerusi Roda Pemacu Hadapan

2. Pemacu Roda Belakang (Rear Wheel Drive)

Berbeza dengan kerusi roda elektrik pemacu gear hadapan, jenis ini adalah jenis yang biasa digunakan dan banyak berada di pasaran. Mempunyai tayar besar dibelakang dan disokong oleh tayar kecil di hadapan untuk menstabilkan pergerakan.Dipanggil pemacu roda belakang kerana motor yang menggerakan tayar berada di belakang kerusi. Seperti juga kenderaan lain, kuasa penggerak adalah melalui tayar belakang.

  • Kurang mesra penggunaannya kerana memerlukan pengguna untuk membiasakan diri dengan kawalan utamanya. 
  • Pusingan perlu dilakukan dalam skala yang lebih besar
  • Tidak sesuai untuk warga emas yang memerlukan kawalan lebih baik. 

Apabila pemacu utama berada di belakang, bermakna ia akan termasuk dengan bebanan berat badan penggunanya. Penggunaan kerusi roda elektrik jenis ini sesuai untuk permukaan yang kasar dan kegunaan luar dan dalam termasuk permukaan yang lembut seperti atas karpet, lumpur. Kerusi roda elektrik jenis ini menjadi pilihan ramai kerana ia lebih lancar perjalanannya dan juga menyerap gegaran dengan lebih baik. Namun kini setelah teknologi semakin berkembang, penggunaannya lebih jarang pada masa kini.

Kelebihan Kerusi Roda Pemacu Roda Belakang

  • Banyak jenis dan banyak dipasaran
  • Sesuai untuk tempat yang tiada halangan atau kawasan rata
  • Lebih mesra pengguna kerana kawalannya mudah digunakan
  • Selesa untuk semua penggunaan kerana kuasa pemacu di belakang walaupun menampung bebanan berat pengguna
  • Sesuai untuk semua jenis pengguna termasuk warga emas dan kanak-kanak

Kekurangan Kerusi Roda Pemacu Belakang

  • Kurang upaya untuk laluan yang berhalangan seperti tempat tinggi atau pendakian.
  • Lebih sesuai dengan penggunaan permukaan lancar seperti dirumah atau hospital

3. Pemacu Roda Tengah (Mid Wheel Drive)

Kerusi roda elektrik jenis pemacu roda tengah ini dikatakan lebih stabil kerana pemacu kuasa berada di tengah-tengah kerusi. Ia memberikan kestabilan yang lebih kepada penggunanya terutamanya yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Biasanya dua tayar besar di tengah-tengah dan disokong oleh dua tayar kecil dihadapan dan dua lagi di belakang. Menjadikan secara keseluruhan 6 tayar yang sangat berkuasa untuk pergerakan yang lebih lancar. Kuasa graviti akan lebih stabil apabila pemacu roda elektrik di tengah-tengah kerusi. 

Walaubagaimanapun, penggunaan kerusi roda elektrik jenis ini mempunyai 6 buah tayar yang akan menyebabkan gegaran yang lebih dirasai dan kurang selesa. Ia akan membuatkan perjalanan di permukaan yang tidak rata lebih sukar. Jika pembeli ingin mempertimbangkan kerusi elektrik jenis ini, digalakkan untuk mencuba dahulu untuk menguji keselesaannya dan kemudahannya. 

Kelebihan Kerusi Roda Pemacu Roda Tengah

  • Lebih stabil kerana pemacu berada di tengah-tengah dan graviti yang stabil depan dan belakang
  • Lebih mesra pengguna kerana sesuai dengan kebanyakan pesakit, warga emas, kurang upaya dan kanak-kanak.
  • Sokongan dari tayar belakang dan hadapan menjadikan pergerakan lebih lancar dan stabil untuk kedua-dua arah
  • Radius pusingan 360 darjah yang lebih kecil

Kekurangan Kerusi Roda Elektrik Pemacu Tengah

  • Tidak sesuai untuk pengguna yang mempunyai tahap sensitif getaran yang tinggi (contoh pesakit tulang belakang)
  • Tidak sesuai untuk lapangan bersukan kerusi roda

Kesimpulan

Walaupun ada terdapat 3 jenis pemacu kerusi roda elektrik yang ada di pasaran, namun peningkatan teknologi untuk penambahbaikan penggunaan kerusi roda elektrik ini seiring dengan teknologi terbaru. Fungsinya sama cuma keselesaan dan mesra pengguna menjadi satu keutamaan kepada pengeluar kerusi roda elektrik ini. Setiap reka bentuk, kuasa yang digunakan, material dan juga kaedah penggunaanya harus seiring dengan keperluan. 

Walaubagaimanapun, untuk mempertimbangkan  pembelian kerusi roda elektrik ini, selain dari pemacu motor yang perlu diteliti, banyak faktor lain yang perlu di pertimbangkan sesuai denga kehendak penggunanya. Bukan semua jenis kerusi roda elektrik sesuai untuk semua golongan. Jika penggunaannya betul dan sesuai, bayangkan kelebihan yang dapat dinikmati kepada golongan-golongan penggunanya. Memudahkan pergerakan, perubahan besar dalam kehidupan harian dan juga membantu dari segi kesihatan mental kerana pengguna boleh berdikari sendiri tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada orang lain.


Leave a Reply