fbpx

KERUSI RODA ELEKTRIK BERKUASA TINGGI YANG BOLEH DILIPAT DAN DIBARINGKAN SECARA MANUAL

Mungkin ada tidak memerlukan kerusi roda elektrik, namun anda mencarinya untuk orang yang anda sayangi, atau mungkin untuk kenalan anda sebagai rujukan. Walau apa sekalipun sebab yang memerlukan anda mencari maklumat tepat untuk pencarian kerusi roda elektrik, mari kami bantu anda untuk membantu pencarian anda dengan lebih tepat dan mudah. 

Sebelum itu, anda boleh juga membaca tentang Perkara Penting Yang Perlu Dititik Beratkan Sebelum Membeli Kerusi Roda Elektrik sebelum membuat pertimbangan yang wajar untuk memiliki atau berkongsi maklumat dengan orang yang memerlukan. Ini mungkin membantu anda untuk membuat keputusan yang lebih bijak dan wajar. 

Penting untuk memiliki kerusi roda elektrik sekiranya anda seorang yang aktif dan ingin berdikari tanpa memerlukan bantuan orang lain dua puluh empat jam. Ia menjadi satu keperluan asas kepada orang memerlukan, dan bukan lagi hanya kehendak yang boleh diabaikan. Di Fresco Malaysia, kami lebih dikenali dengan sebuah syarikat yang menawarkan atau menjual kerusi roda elektrik yang berkualiti tinggi dengan anggaran harga mampu milik kepada anda. Antaranya ialah :

Kerusi Roda Elektrik Mudah Dilipat dan Dibaringkan Secara Manual.

Model Kerusi Roda Elektrik Boleh Dilipat

KEISTIMEWAAN  KERUSI RODA ELEKTRIK MUDAH LIPAT DAN DIBARINGKAN SECARA MANUAL INI DAN MENGAPA ANDA PERLU MEMILIKINYA

Ada beberapa ciri penting yang akan kami kongsikan disini untuk membantu pencarian anda antaranya ialah :

  • Backrest (Tempat Sandar) dan Footrest (Tempat Letak Kaki) boleh dilaras

Ini adalah salah satu ciri yang terbaik kami masukkan dalam model ini ialah tempat sandarnya serta tempat letak kaki adalah fleksibel dimana ia boleh diturunkan sehingga 180 darjah dan kaki boleh dinaikkan sehingga 180 darjah juga dimana pengguna boleh mengubah sudut badan dengan lebih mudah dan juga selesa. Ia bermakna ia tidak akan memberikan kesakitan dibahagian pinggang kepada pengguna sekiranya pengguna perlu duduk diatas kerusi ini dalam tempoh yang lama. Footrest (Tempat Letak Kaki) juga boleh ditanggalkan sekiranya perlu atau mungkin tujuan untuk pembersihan atau penyimpanan.

  • Muatan Maksimum: 120kg

Selain itu, ia juga dapat menampung muatan semaksimum 120kg kebawah dimana untuk kegunaan lasak. Bermakna jika pengguna adalah dari kalangan yang mempunyai berat badan berlebihan boleh menggunakan kerusi roda elektrik model ini tanpa ragu-ragu kerana ia telah terbukti selamat bagi berat badan 120kg kebawah. 

  • Armrest (Tempat Lengan Tangan) Mudah ditanggalkan.

Armrest yang dilengkapi di model ini boleh diangkat dan ditanggalkan bagi proses pemindahan pesakit atau pengguna dari kerusi roda elektrik ke kenderaan lain ataupun ke atas katil. Ia mudah untuk pesakit keluar masuk tanpa perlu bangun sepenuhnya dari kerusi roda.

  • Absorber depan dan belakang

Absorber adalah untuk menyerap bebanan diatas kerusi roda elektrik ini dimana ia dilengkapi dengan absorber didepan dan belakang tayar agar pengguna yang mempunyai berat badan yang berlebihan akan merasa selesa tanpa gegaran yang keterlaluan serta kiri dan kanan tayar.

  • Motor tahan lama

Memandangkan ianya adalah untuk kegunaan berat atau heavy duty, ia juga dilengkapi dengan motor yang tahan lama dan anda tidak perlu risau untuk penyelenggaran yang kerap sesuai untuk kegunaan harian.

  • Mudah dilipat, mudah untuk menukar tahap berbaring

Selain itu kelebihan dan ciri-ciri istimewa kerusi ini ialah ia mudah dilipat untuk dimuatkan kedalam bonet kereta anda jika anda ingin membawanya kemana-mana sahaja.  Selain dari itu anda boleh menukar tahap berbaring kerusi ini dimana ia mempunya Reclining yang boleh dipasang dan anda boleh berbaling atau tidur dengan lebih selesa. 

  • Bateri litium atau Lead acid

Bateri Lithium atau Lead Acid adalah bateri yang biasa digunakan dan boleh dicas berkali-kali sehingga 1000 kali sekalipun, dengan ciri-cirinya yang ringan, kecil dan mesra alam ia menjadikan kerusi roda elektrik model ini lebih ringan. Boleh digunakan dalam jarak 20km kebawah.

Baca juga : Kelebihan Bateri Jenis Lithium

  • Bateri boleh ditanggalkan, mudah dicas

Selain itu dia boleh dipisahkan daripada kerusi roda elektrik ini untuk tujuan pengecasan dan anda masih boleh menggunakan kerusi roda elektrik anda tanpa bateri dan ditolak secara manual seperti kerusi roda biasa. 

  • Dengan 5 tahap kelajuan, mudah untuk mengawal di Kawasan tertentu

Model ini juga dilengkapi dengan 5 tahap kelajuan dimana anda bebas mengawal kelajuan mengikut kawasan tertentu contohnya kawasan curam, anda boleh kurangkan kelajuannya dan jika kawasan berbukit anda boleh kawal kelajuan sendiri untuk keselamatan dan keselesaan

  • Kelajuan Maksimum: 6km /J

Mempunyai kelajuan maksimum 6km/jam iaitu ditahao sederhana supaya anda dapat mengawal kerusi roda elektrik ini dengan lebih selamat dan berhati-hati namun tidak terlalu laju atau tidak terlalu perlahan,

  • Sistem brek

Untuk sistem brek, model kerusi roda elektrik jenis ini mempunyai brek automatik apabila anda melepaskan kawalan tangan ataupun berhenti di cerunan bukit. Ia lebih selamat kerana adakalanya anda hilang kawalan dan sesuai untuk orang yang mempunyai sistem kawalan tangan yang lemah. Brek tangan juga boleh digunakan secara manual dan juga dia dilengkapi dengan kunci manual dibahagian tayar yang boleh ditarik untuk berjalan dan dikuncikan untuk mengelakkan ianya bergerak.

  • Tayar

Tayar dibahagian depan dan belakang menggunakan tayar mati bersaiz lebih kurang 10’’ untuk tayar hadapan, tayar mati tanpa tiub adalah lebih mudah, ringan dan tahan lama dan sememangnya tak akan pancit. 

Berdasarkan pandangan pengguna-pengguna kerusi roda elektrik, kerusi roda elektrik yang ringan dan sesuai penggunaan lasak adalah pilihan utama  pengguna dimana ia boleh digunakan secara lebih meluas. Contohnya penggunaan secara dalaman dan luaran (indoor & outdoor). Hal ini kerana kebanyakan pengguna kerusi roda elektrik lebih mudah membawa kerusi roda mereka kemana-mana sahaja dan bebas bergerak serta berdikari tanpa memerlukan pengawasan dan bantuan orang lain. 

Ciri-ciri istimewa yang diberikan diatas adalah ciri-ciri yang selalu dicari oleh pengguna kerusi roda elektrik dimana ianya MUDAH, RINGAN, BERKUASA TINGGI dan juga HARGA MAMPU MILIK. Bayangkan sebagai pesakit yang bergantung hampir sepenuhnya dengan kerusi roda memerlukan mereka merasakan bahawa mereka dapat berdikari dan ia lebih menjadikan mereka lebih berkeyakinan. Lebih sihat untuk psikologi pesakit jika penggunaan kerusi roda elektrik ini dapat memudahkan pergerakan mereka tanpa bergantung pada orang lain dan akhirnya dianggap satu bebanan.

CIRI – CIRI YANG TERDAPAT PADA KERUSI RODA ELEKTRIK BOLEH LIPAT INI

  1. Enjin: 250W x 2
  2. Bateri Lithium: 24V12Ah
  3. Rim Sport Alloy Aluminium
  4. Rangka: Besi
  5. Lebar Keseluruhan: 120cm
  6. Panjang Keseluruhan: 65cm
  7. Tinggi keseluruhan: 123cm
  8. Lebar dilipat: 39cm (L) x 94cm (W) x 79cm (H)
  9. Lebar tempat duduk: 40cm
  10. Ketinggian Tempat Duduk: 44cm
  11. Kedalaman Tempat Duduk: 51cm
  12. Ketinggian Armrest: 19cm
  13. Tinggi sandaran: 79cm
  14. Roda sebenar Dia: 16 inci
  15. Roda Depan dia: 9.5 inci
  16. Saiz kadbod: 84 x 44 x 79cm
  17. Berat kadbod: 46kg
  18. Berat Kerusi Roda: 44kg
Boleh dilipat masuk kedalam bonet kereta

MENGAPA PENGGUNAAN KERUSI ELEKTRIK INI SANGAT BERMANFAAT?

Penggunaan kerusi roda digunakan secara meluas bermula abad ke 6 dimana ia digunakan untuk membantu pesakit yang kurang berupaya bergerak secara sendiri. Namun penggunaannya meluas mengikut arus semasa dan teknologi juga ditambah baik sehinggalah wujudnya kerudi roda elektrik berbagai fungsi antaranya ialah Kerusi Roda Elektrik Boleh Dilipat yang direka atas keselesaan yang diperlukan oleh kebanyakan pengguna. Ia mempunyai ciri-ciri yang menjadikan ianya pilihan terbaik, antaranya ialah :

  • Ringan (15 ke 20kg anggaran berat kerusi roda elektrik)
  • Boleh dipisahkan bahagiannya (Armrest, footrest dan neckrest)
  • Mudah dilipat untuk dimuatkan kedalam kenderaan
  • Mempunyai kelajuan yang berbeza
  • Sesuai dengan permukaan tidak rata
  • Boleh menampung berat sehingga 120kg kebawah
  • Boleh dilaraskan untuk berbaring
  • Harga mampu milik
  • Design yang cantik
  • Khidmat pelanggan yang terbaik dari Fresco Malaysia

BAGAIMANA IA BOLEH MEMBANTU MEMUDAHKAN URUSAN ANDA?

Sebagai manusia normal, sifat tidak ingin menjadi bebanan kepada sesiapa sahaja adalah lumrah yang perlu diterima. Tiada manusia yang suka hidup bergantung kepada orang lain. Setiap manusia mempunyai keperluan berbeza begitu juga pengguna yang memerlukan penggunaan kerusi roda elektrik untuk tujuan berdikari dan bebas bergerak.

Menaikkan Tahap Keyakinan – Apabila seorang pesakit mendapati ia mula kehilangan upaya yang memerlukan ia bergerak dengan bantuan lain, sedikit sebanyak ia mula melunturkan keyakinan pengguna tersebut, dengan penggunaan kerusi roda elektrik ini hampir membantu pengguna tersebut dengan lebih yakin dan bebas.

Sesuai Untuk Semua Peringkat Umur – Oleh kerana teknologi berubah seiring masa, penggunaan kerusi roda elektrik juga menjadi satu pilihan kepada semua peringkat umur kerana ia hadir dengan rekabentuk yang menarik dan memudahkan, contohnya mudah laras, boleh dilipat, ringan dan lain-lain lagi. Sesuai untuk pengguna warga emas, pesakit, kanak-kanak ataupun orang kehilangan upaya.

Penggunaan Yang Selamat –  Setiap pengeluaran kerusi roda elektrik mempunyai ciri-ciri keselamatan yang ketat dan kebanyakan syarikat seperti FRESCO MALAYSIA sendiri, mempunyai jaminan servis dalam tempoh tertentu. Banyak kajian yang dijalankan untuk memenuhi prosedur keselamatan yang ditetapkan.

Banyak lagi faktor lain yang membuatkan kerusi roda elektrik dapat membantu anda dalam kehidupan seharian, baca disini Bagaimana Kerusi Roda Elektrik Boleh Memudahkan Kehidupan Harian Anda?

KESIMPULAN

Jadi secara kesimpulannya, anda telahpun mengetahui kelebihan model Kerusi Roda Elektrik Boleh Dilipat ini secara ciri-ciri istimewanya dan juga kelebihan yang akan anda perolehi. Diharapkan ia dapat membantu anda untuk membuat keputusan yang sesuai dengan kehendak anda ataupun orang yang bakal memerlukan.

Jika ciri-ciri yang diberikan seperti yang dikehendaki, anda boleh teruskan niat untuk memiliki Kerusi Roda Elektrik ini dan bayangkan kelebihan dan kemudahan yang akan dinikmati oleh penggunanya. 

Artikel Lain :

Cara Pantas Menjaga Kerusi Roda Elektrik

Cara Mudah Memilih Kerusi Roda Elektrik 

Kerusi Roda Elektrik Ringan Malaysia

Leave a Reply

%d bloggers like this: