Dalam sesetengah kecederaan, memerlukan pesakit mempunyai kerusi roda elektrik yang boleh membantu pesakit berkenaan untuk berjalan, bergerak dan bebas menjalani kehidupan seperti biasa tanpa memerlukan bantuan orang lain secara seratus peratus. Kali ini kita membahaskan tentang manfaat dan faedah perubatan untuk kerusi roda elektrik ini untuk tujuan perubatan.

Bagi sesetengah orang, kerusi roda bukan hanya digunakan untuk orang yang mempunyai kelainan upaya yang mempunyai kondisi perubatan, juga digunakan untuk warga emas yang kurang upaya berjalan atau cepat keletihan, boleh dilihat penggunaan kerusi roda elektrik bukan hanya tertakluk di hospital, malah di pasaraya besar, di tepi perkarangan jalanan dan juga kawasan-kawasan perumahan.

TUJUAN KERUSI RODA ELEKTRIK

Apabila kerusi roda diperkenalkan pada abad ke 6, penggunaannya terhad kepada orang yang masih berkemampuan untuk menolak sendiri kerusi tersebut ataupun memerlukan orang lain untuk menolaknya. Seiring dengan peredaran zaman, kerusi roda elektrik diperkenalkan dan dikomersialkan menjadi satu kemudahan yang hebat untuk sasaran penggunanya.

Antara tujuannya ialah melengkapi permintaan pasaran apabila penyelidikan dilakukan tentang kekurangan kerusi roda manual yang memerlukan bantuan orang lain. Jadi penambahbaikan dilakukan dari masa ke semasa sehingga la hari ini, kerusi roda elektrik menjadi satu keperluan kepada golongan yang memerlukan.

Tujuannya juga untuk memudahkan golongan kelainan upaya, warga emas dan kanak-kanak yang kurang upaya untuk bergerak bebas, berdikari dan meningkatkan kesihatan mental mereka. Penggunaan secara meluas dan mengikut kesesuaian membantu dalam proses kehidupan seharian. 

Ada juga kes dimana kerusi roda elektrik yang dihasilkan mengikut berat, ketinggian dan kedudukan posisi badan yang membantu pesakit tulang belakang untuk bukan sahaja bergerak malahan dapat membetulkan postur badan dan mengurangkan tekanan kepada tulang belakang. Banyak tujuan kerusi roda elektrik dikomersialkan kerana ia memberikan satu peluang dan nafas baru kepada golongan yang benar-benar memerlukan.

FAEDAH PERUBATAN DAN KESIHATAN

Bagi sesetengah orang yang mempunyai keterbatasan dalam pergerakan, atau lebih dikenali sebagai kurang upaya akan mempunyai satu masalah merasa diri selalu menjadi bebanan kepada orang lain. Sedikit sebanyak akan mengganggu mindanya dan mengakibatkan kesihatan mental pesakit terganggu. Dengan wujudnya teknologi untuk kerusi roda elektrik ini dapat membantu pergerakan yang bebas buat pesakit atau orang kelainan upaya dengan memerlukan seminimal mungkin bantuan orang lain. Bebas bergerak mengikut waktunya dan juga membantu menyokong mental bagi penggunanya. Kerana ia akan mula dapat berdikari sendiri tanpa memerlukan bantuan dan simpati orang lain.

Selain daripada itu, kerusi roda jenis elektrik juga direka dengan kapasiti dan keunikan yang menyokong kedudukan pesakit atau orang kelainan upaya bergantung kepada jenis dan kegunaannya. Kebanyakan reka bentuk yang dihasilkan berbeza dan ergonomik supaya pembentukan saraf tulang belakang yang baik. 

BAGI WARGA EMAS

Banyak kelebihan kerusi roda elektrik kepada warga emas atas faktor umur terutamanya yang jenis boleh dilipat dan ringan.Ia mudah dibawa kemana-mana, di taman, di pasaraya besar yang memerlukan pergerakan yang banyak. Kerusi roda elektrik boleh membantu warga emas untuk bergerak bebas dan tidak memerlukan tenaga yang banyak. Biasa kita lihat ibu bapa kita juga adakalanya tidak mampu berjalan-jalan di dalam pasaraya-pasaraya yang ada kerana faktor tidak mahu banyak berjalan. Sakit lutu dan sebagainya.

  • Sesuai untuk kesihatan mental dan fizikal warga emas, apabila memiliki kerusi roda elektrik sendiri, bayangkan ibu bapa kita yang sudah uzur tapi masih berkeinginan untuk bergerak bebas, dapat melakukan aktiviti-aktiviti kegemaran mereka tanpa memerlukan bantuan kita. Dengan cara itu mereka akan lebih merasa gembira dan bebas kemana sahaja berkomunikasi dengan siapa sahaja dan sangat baik untuk keadaan mental warga emas. Jika kita berada di tempat mereka, kita juga akan merasa bosan dan sedih jika tidak dapat bergerak bebas atas faktor umur dan kesihatan sekaligus akan memberi kesan yang kurang baik untuk kesihatan mental.
  • Mengurangkan Kos Perbelanjaan Yang Tidak Diperlukan

Contohnya begini, anda mempunyai ibu atau bapa yang sudah uzur, memerlukan penjagaan anda untuk bergerak bebas dan anda pula harus bekerja dan mempunyai keluarga sendiri. Jalan yang lain akan diambil adalah mengupah penjaga untuk ibu bapa anda akan menelan kos yang agak tinggi. Bayangkan anda cuma melabur dalam pembelian kerusi roda elektrik yang mudah digunakan untuk kegunaan ibu bapa anda. Jadi anda dapat mengurangkan kos yang tidak perlu serta ibu bapa anda juga boleh bergerak bebas.

PESAKIT YANG LUMPUH

 

  •  Pesakit yang lumpuh separuh badan dan masih berupaya menggerakkan tangan juga sesuai jika penggunaan kerusi roda elektrik diperluaskan. Mungkin kerusi roda jenis manual masih relevan tetapi bayang kelebihan yang didapati daripada kerusi roda elektrik.
  • Mudah digunakan hanya dengan tangan sahaja boleh bergerak bebas
  • Ringan dan mudah alih, banyak model dan jenama yang menawarkan kerusi roda elektrik yang mudah alih dan ringan untuk kegunaan pesakit yang lumpuh atau orang kurang upaya.
  • Juga baik untuk kesihatan mental pesakit supaya tidak merasakan diri sebagai bebanan

Untuk kelainan upaya, atau kurang upaya kerusi roda sama ada jenis manual atau elektrik menjadi satu keperluan buat mereka untuk perubatan. Ada sesetengah syarikat insuran kesihatan yang membiayai kos kerusi roda elektrik jika ia membantu pelanggannya dan termasuk dalam polisi insurans. Oleh sebab itu, ia bukan hanya sebagai satu kehendak namun menjadi keperluan kepada golongan kurang upaya ini baik yang dewasa, kanak-kanak mahupun warga emas.

Bagi kerusi roda elektrik, ia lebih menawarkan banyak kelebihan berbanding kerusi roda manual kerana kebebasan bergerak tanpa menggunakan tenaga yang banyak. Bebas melakukan aktiviti yang sama seperti orang lain tanpa memerlukan bantuan orang. Walaupun kosnya lebih tinggi berbanding kerusi roda manual, ia menawarkan kelebihan yang banyak dan sangat-sangat membantu golongan ini untuk berdikari.

KESIMPULAN

Jadi apa yang dapat dilihat dari artikel ini ialah kerusi roda elektrik menjadi satu keperluan bukan lagi kehendak pada golongan sasaran yang memerlukan. Ia ibarat sebuah kereta yang diperlukan untuk membawa individu ke satu tempat tujuan. Satu masa dahulu kereta hanyalah satu kehendak dan menunjukkan status quo,namun keadaan berbeza kini di mana kereta menjadi satu keperluan.

Begitu juga dengan penggunaan kerusi roda elektrik, satu masa dahulu mungkin ianya hanya mampu dimiliki oleh orang kaya atau golongan bangsawan, namun dengan pasaran yang luas banyak lagi syarikat yang mengeluarkan kerusi roda elektrik dengan harga yang berpatutan dan menawarkan kelebihan yang berganda. Ianya adalah satu nafas baru kepada golongan kelainan upaya dan warga emas untuk lebih gembira dan bebas tanpa memerlukan bantuan orang lain. Itulah tujuan dan faedah dari sudut perubatan yang sesuai untuk penggunaan kerusi roda.

Leave a Reply