Telah ramai pengguna kerusi roda mula menggunakan kerusi roda elektrik dalam kehidupan seharian mereka. Dengan penggunaan kerusi roda elektrik, mereka dapat meringankan beban penjaga mereka untuk mereka bergerak.

Namun, pengguna harus mematuhi langkah keselamatan penggunaan kerusi roda elektrik untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini. Dengan mengikuti langkah dibawah, pengguna dapat menjaga keselamat mereka malahan dapat mengelak dan menggurangkan sebarang kemungkinan kejadian buruk yang boleh berlaku.

ARAHAN KESELAMATAN:

  • Pastikan anda selalu menggunakan kerusi roda elektrik anda untuk menggembangkan lagi keselesaan anda dalam menggunakan kerusi roda elektrik.
    Sangat penting untuk anda membaca langkah-langkah keselamatan ini sebelum anda menggunakan kerusi roda elektrik.
  • Pastikan anda menggunakan kelajuan yang perlahan ketika meneruni cerun. Pengguna boleh menggerakkan kayu kawalan ke tengah untuk menggurangkan kelajuan.
  • Lebih selamat jika pengguna mandaki cerun 90 darjah dalam keadaan kelajuan perlahan
  • Jangan mengawal kerusi roda elektrik dalam keadaan yang tidak stabil ketika menaiki dan meneruni cerun.
  • Jangan mengangkat penumpang ketika menggunakan kerusi roda elektrik dan pastikan kerusi roda elektrik anda dapat menampung berat anda.
  • Jangan mematikan kerusi roda elektrik anda ketika kerusi roda elektrik itu sedang berjalan kerana ia akan menghidupkan elektromagnet brek dan seterusnya merosakkan pusat kawalan kerusi roda elektrik anda.
  • Jangan melalui jalan yang tidak rata atau jalan yang licin. Seperti permukaan jalan yang bersalji, berlumut, berumput tinggi, dan berbatu-bata.
  • Jangan menggunakan jalan raya kecuali ketika ingin melintas.
  • Jangan menaik atau menurunkan kelajuan kerusi roda elektrik ketika ia sedang berjalan.
  • Jangan menghidupkan tenaga elektrik kerusi roda ketika tayar kerusi roda sedang diselenggara.
  • Jangan duduk diatas kerusi roda elektrik ketika didalam kereta.
  • Jangan melalui jalan condong melebihi 8 darjah.
  • Pastikan anda sentiasa berhenti sebelum menggerakkan kerusi roda elektrik anda kedepan atau kebelakang.
  • Pastikan pengguna memakai tali pinggang keselamatan
  • Pastikan pengguna kerusi roda elektrik meletakkan kaki ditempat pemijak kaki ketika kerusi roda sedang berjalan.
  • Pastikan kerusi roda elektrik berada dalam keadaan baik sebelum menggunakannya.
  • Jangan mengubahsuai pengaturcaraan pusat kawalan atau kabel kerusi roda elektrik. Ia boleh menyebabkan berlaku kerosakkan pada kerusi roda elektrik dan kawasan sekitarnya.
  • Pastikan bateri kerusi roda elektrik penuh sebelum memulakan perjalanan anda.
  • Pastikan anda mengecas bateri sebelum dan selepas menggunakan kerusi roda elektrik.
  • Kabel bateri haruslah selamat diikat pada terminal bateri oleh penjual kerusi roda elektrik sebelum menggunakannya.
  • Bateri haruslah berada dalam keadaan baik dan selamat.
  • Pastikan anda mengecas bateri kerusi roda elektrik di tempat yang selamat.
  • Jangan mengubahsuai mana-mana bahagian pada kerusi roda elektrik tanpa mendapat kebenaran dari pengilang atau waranti anda akan terbatal serta merta dan anda perlu bertanggungjawab atau pengubahsuaian yang telah anda lakukan.
  • Berhati-hati ketika menggunakan kerusi roda elektrik dan perlahankan kelajuan ketika pengguna ingin membuat pusingan
  • Elakkan menggunakan kerusi roda elektrik dalam keadaan basah.
  • Jangan menggunakan kusyen kerusi roda elektrik pada kerusi lain.

  • Jangan menggunakan kerusi roda elektrik dijalan yang mempunyai lopak air.
  • Tempat mengecas (Pastikan anda menggunakan plug yang diluluskan oleh SIRIM. Pastikan plug ini tidak digunakan untuk mengecas alatan lain. Jika anda tidak menghiraukan langkah ini, waranti anda akan terbatal.
  • Pastikan anda berbincang dengan pakar perubatan jika anda mempunyai sebarang keraguan dengan batas pergerakkan anda sebagai langkah keselamatan menggunakan kerusi roda elektrik

Leave a Reply