Mak, mak apa khabar?

Mak penat ke? Maaf…mak telah banyak berkorban untuk menjaga kami. Sehingga sakit-sakit badan mak bersusah-payah memenuhi keperluan kami. Itu sebab saya nak hadiahkan sebuah kerusi roda elektrik untuk mak. Berbeza bukan, berbanding hadiah-hadiah yang lazim diberikan kepada ibu mereka? Berapa banyak hadiah yang telah seorang anak berikan yang benar-benar memudahkan hidup ibu yang tersayang?

Tunggu mak, jangan menolak dulu. Mari saya beritahu sebab apa saya nak belikan hadiah ini untuk mak.

Memudahkan Hidup

Mak ingat lagi tak, setiap kali saya mengajak mak keluar berjalan-jalan, mak asyik menggelang-gelangkan kepala dan masuk ke bilik? Saya tahu, mak risau bahawa mak kerap kepenatan apabila berjalan dan berasa seolah mak menjadi beban yang memperlahankan perjalanan. Tidak, sekali-kali tidak!

Dengan kerusi roda elektrik Fresco Bike, mak boleh mengawal sendiri kerusi roda mak. Selain itu, sekiranya ingin melelapkan mata seketika tanpa perlu asyik berpindah antara katil dan kerusi, kita boleh dapatkan kerusi roda yang boleh berbaring (reclining wheelchair). Seronok bukan, memiliki kerusi rehat dan katil bergerak sendiri? Tidak perlu risau tidak menjumpai tempat duduk apabila kita berjalan-jalan di tepi pantai nanti!

Ia juga membantu mengembalikan kebebasan sepenuhnya. Dengan menggunakan alat kawalan tersedia, kerusi roda elektrik boleh dikawal secara mudah dan berdikari, tanpa perlu diperhatikan sepanjang masa. Tidak susah pun untuk mengawalnya, semudah bernafas sahaja Saya juga tidak perlu risau mak berpenat lelah menolak kerusi roda ke dapur, ruang tamu,ke taman. Kalau mak mahu ke kedai runcit juga tiada masalah! Pandu saja kerusi roda elektrik ini ke sana.

Kukuh dan Tahan Lama

Jujur kata, saya rasa mak masih cantik dan muda sejak kali pertama mata saya memandang mak. Namun saya dengar mak sering mengadu mengenai berat mak. Tak perlu risau ia runtuh akibat berat, ada yang boleh bertahan sehingga 150kg.

Jaminan 1 tahun bagi motor dan 6 bulan bagi peralatan yang boleh diganti, kerusi roda elektrik Fresco Malaysia adalah antara kerusi roda elektrik dengan jaminan yang paling lama dalam pasaran. Hal ini disebabkan keyakinan tinggi mereka terhadap kualiti produk mereka.

Dibandingkan dengan jaminan-jaminan kerusi roda di farmasi atau kedai beli-belah atas talian lain yang cuma menawarkan beberapa bulan sahaja, motor bateri dan bahan buatan  kerusi roda elektrik jenama Fresco Bike ini adalah antara yang terbaik. Ia mampu bertahan lama menggunakan magnesium alloy berbanding besi biasa. Hal ini kerana konsep binaan kerusi roda elektrik mereka ini adalah berdasarkan konsep penggunaan jangkamasa panjang, bukan  “asalkan ada”.

Sesuai Untuk Segala Lapisan Umur

Selepas ini, kakak tidak perlu lagi memarahkan anaknya,Aqif apabila dia memanjat kerusi mak. Kerusi roda elektrik jenama Fresco Bike adalah untuk segala lapisan umur. Ia bukan sahaja kerusi roda untuk orang tua, ia boleh digunakan oleh para remaja, kanak-kanak, malah orang dewasa bekerjaya.

Reka bentuk kerusi roda elektrik Fresco Bike mebawa rupa moden dan canggih, justeru menepis persepsi bahawa penggunaan kerusi roda hanya untuk yang lemah dan tidak berkeupayaan. Kalau mak rasa memiliki kerusi roda elektrik untuk diri sendiri adalah sesuatu yang tidak patut, mak bebas berkongsi guna dengan sesiapa saja mengikut pilihan hati mak. Pembelian kerusi roda elektrik ini bukanlah satu pembaziran, tetapi satu pelaburan.

Reka bentuk kerusi roda elektrik terkini juga tidak akan membuatkan pengguna berasa terasing atau janggal dalam kumpulan. Berbentuk canggih dan trendy , mak dapat duduk dengan senang bersama tetamu dan keluarga di ruang tamu nanti.

Boleh Dibawa Ke Mana-mana

Mak nak pergi umrah kan? Tak perlu risau tinggalkan kerusi roda elektrik ini, ia boleh dilipat dan dibawa terbang. Percayalah mak, kini mak tidak terikat di sini sahaja, mak boleh ke mana-mana.  Bertahun-tahun mak menjaga kami tanpa berpeluang bercuti, kini saya boleh membawa mak ke mana-mana, di tepi pantai Pulau Pangkor, bercuti di lerengan bukit di Tanah Tinggi Cameron, mahupun terbang ke London. Tiada kekangan tenaga atau kemampuan lagi.

Betul, seperti kerusi roda manual, ada kerusi roda elektrik yang boleh dilipat serta ringan untuk dibawa ke mana-mana. Mak tak perlu risau ia akan merosakkan bateri atau alat kawalan, ada yang boleh diasingkan serta disimpan kemas bersama kerusi itu. Seperti membawa beg sekolah saja mak!

Sekiranya mak risau sukar untuk mengawal secara elektronik, mereka juga ada menyediakan kerusi roda elektrik hibrid, di mana mak boelh mengawal secara elektronik dan juga secara manual. Ia disediakan dengan rim berdiameter 24 inci, senang dicapai dari posisi duduk untuk ditolak secara manual, dan memberikan kestabilan apabila berpusing.

Senang Untuk Berurusan

Saya lebih yakin untuk membeli kerusi rode elektrik Fresco Bike kerana ramai telah memberi testimoni, lebih-lebih lagi berkaitan perkhidmatan pelanggan mereka, termasuk setelah membeli produk mereka. Tidak seperti penjual lain, kita bukan sekadar sales target, di mana kita akan diabaikan setelah membuat pembayaran. Saya faham, dunia ini tidak selalunya indah, dan ramai yang gemar lepaskan tangan sebaik saja habuan telah diterima. Namun saya percaya, masih ada juga yang berniaga dengan sifat kemanusiaan.

Mereka lebih berteraskan empati dan penjagaan kesihatan pelanggan, di mana mereka memberi bimbingan serta bantuan walaupun kita telahpun selesai membeli kerusi roda elektrik mereka. Saya boleh menghubungi mereka melalui pelbagai platform seperti laman web mereka, laman Fresco Malaysia, Lazada, Shopee, Lelong, dan di Facebook, serta mendapatkan perkhidmatan pembaikian dan gantian alat bagi kerusi roda, semasa dalam jaminan serta selepas tamat, di mana mereka akan membantu dengan harga yang berpatutan.

Kalau bukan saya uruskan, mak juga tidak akan kecewa jika mahu berurusan sendiri dengan mereka. Mereka akan membantu  mak sebaik mungkin tanpa sebarang diskriminasi.  Barang-barang mereka juga sungguh laris dan stok baru sentiasa masuk, maka tidak perlu risau perlu menunggu lama atau tertipu. Hanya perlu membuat pilihan, dan sebuah kerusi roda elektrik sudah menjadi milik mak. Senang sahaja!

Harganya Mampu Milik

Ini yang paling mak risaukan, bukan? Kerana kita sudah biasa lihat, segala benda yang diidamkan biasanya terkekang akibat harga yang mahal. Namun demikian, pembuat kerusi roda elektrik ini cukup memahami bahawa barang yang terbaik adalah yang mampu dibuat dengan bahan buatan terbaik dan masih dalam kemampuan mereka yang memerlukannya. Harga kerusi roda elektrik Fresco Bike semuanya berada dalam lingkungan harga mampu milik. Malahan, mereka menyediakan skim pembayaran ansuran yang rendah.

Maka, harganya mak tak perlu susah-susah fikir lagi, memang amat berbaloi. Tambahan lagi, dari semasa ke semasa, mereka mengadakan promosi jualan murah dengan diskaun yang banyak. Kita dapat merembat peluang tersebut dengan hanya mengikuti mereka di media sosial seperti laman Facebook Fresco Bike, laman web mereka ini (KerusiRodaElektrikMalaysia.com) , serta Fresco Malaysia

Suka tak mak? Saya hadiahkan sekarang juga ya!

Leave a Reply