Seandainya satu hari anda berfikir untuk memiliki kerusi roda elektrik untuk kegunaan diri sendiri atau ahli keluarga yang lain atau sesiapa sahaja, pastikan anda memilih kerusi roda elektrik yang betul dan sesuai dengan kegunaannya kerana terdapat banyak jenis di pasaran kini. Anda boleh merujuk artikel ini sebagai panduan dan tips memilih kerusi roda elektrik yang sesuai.

Keperluan kerusi roda ini datang dalam pelbagai jenis sistem dan format bergantung kepada penggunaannya secara khusus. Contohnya keadaan pesakit atau pengguna? Ada individu yang memerlukan kerusi roda elektrik kerana kecederaan tulang belakang sehingga lumpuh, ada juga yang hilang upaya di bahagian kaki dan lain-lain kecederaan ataupun untuk kegunaan warga emas yang memerlukan. Ada kerusi roda elektrik yang direka khas untuk kegunaan dalaman sahaja, ada yang direka untuk kegunaan lasak seperti sukan dan juga ada yang direka untuk kegunaan di luar atau bekerja seperti menghantar makanan contohnya.

PERKARA YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN SEBELUM MEMBELI

  • Tujuan Penggunaan Kerusi Roda Elektrik Tersebut

Pertama kali adalah kenal pasti tujuan anda ingin membeli kerusi roda elektrik tersebut, adalah untuk kegunaan dalam rumah sahaja atau untuk bekerja ataupun kegunaan luar dan lebih berat seperti bersukan? Setiap reka bentuk mempunyai fungsi yang berlainan. Jenis-jenis kerusi roda elektrik juga berbeza mengikut penggunaannya. Sama ada untuk kegunaan berat atau sebaliknya.

  • Keadaan Diri Pengguna Tersebut

Perlu tahu keadaan dan kecederaan yang dialami oleh bakal pengguna kerusi roda tersebut, contohnya jika hanya kegunaan warga emas, mungkin memerlukan kerusi roda yang lebih selesa, begitu juga jika penggunanya memiliki berat badan yang berlebihan pastikan kerusi roda elektrik yang akan dibeli dapat menampung berat padan pengguna tersebut. Kecederaan tulang belakang memerlukan kerusi roda yang lebih selesa dan tidak memberikan tekanan kepada tulang belakang. Jadi kaji dahulu keadaan bakal pengguna kerusi roda elektrik dahulu sebelum membeli.

  • Jangka Masa Penggunaan 

Jangka masa penggunaan berkait rapat dengan kapasiti motor dan bateri serta jangka hayat kerusi roda elektrik tersebut. Sebaiknya kenalpasti penggunaannya sama ada ia perlu digunakan untuk tujuan apa, seandainya digunakan untuk bekerja (perjalanan  jauh), makan perlu memilih keadaan roda yang lebih baik dan juga jangka hayat bateri yang lama serta waktu pengecasannya.

  • Pengurusan Kerusi Roda

Ini juga tips yang perlu dipertimbangkan kerana ada kerusi roda elektrik yang sangat berat dan sukar untuk dibawa kemana-mana sahaja atau sukar dimuatkan di dalam kenderaan pengguna. Jika anda mempunyai kenderaan yang besar mungkin saiz yang besar boleh dipertimbangkan, begitu juga jika sebaliknya

CARA PENGGUNAANYA

  • Jenis 

Kerusi roda elektrik mempunyai banyak saiz dan bentuk bergantung juga kepada material yang digunakan, ada yang boleh dilaras ketinggiannya mengikut keselesaan kaki, ada yang boleh dilipat, ada yang berat dan juga ada yang ringan. Perbezaan kualiti dan penggunaannya perlu dipertimbangkan untuk mengelakkan pembaziran seandainya anda membeli kerusi roda elektrik yang mahal namun tidak praktikal untuk keperluan anda.

  • Panduan Penggunaan

Setiap kerusi roda elektrik mempunyai alat kawalan yang aksesori yang berbeza, pastikan anda benar-benar mahir dengan penggunaannya dan baca dahulu buku manual yang diberikan supaya mengelakkan perkara yang tidak diingini, contohnya terdapat kelajuan gear yang berbeza, fungsi breknya dimana dan fungsi brek parkingnya di mana. Dimana tuas parkingnya supaya kerusi roda elektrik anda tidak bergerak apabila anda ingin bangun dari kerusi tersebut.

  • Cuba Dahulu

Untuk kegunaan dan keselesaan anda, digalakkan anda mencuba dahulu sebelum membeli, pastikan anda selesa dengan kedudukan kerusinya, boleh dilaras atau tidak, mengganggu pengaliran darah ke seluruh tubuh atau tidak. Bagaimana dengan penyandar tangannya, penyandar belakang dan ada kemudahan meletakkan barangan peribadi atau tidak. Pastikan posisi anda diatas kerusi roda elektrik selesa dan sesuai dengan anda atau penggunanya.

Ada beberapa jenis tayar yang sesuai dengan kepenggunaannya, antaranya ialah tayar untuk kerusi roda elektrik boleh jadi jenis pneumatik atau padat. Tayar jenis padat ini lebih tahan lama dan stabil namun penggunaannya lebih sesuai di kawasan yang rata seperti di rumah kerana ia tidak akan menyebabkan bergegar, jika tayar jenis padat digunakan di atas jalan raya bertar, pengguna akan merasa tidak selesa dan bergegar saat berjalan. 

Tayar jenis pneumatik memang direka khas untuk kegunaan pergerakan luar, ia menyerap kejutan tak jalan tidak sekata. Namun ada kelemahannya juga iaitu perlu kerap diganti dari masa ke semasa untuk mengelakkan ianya licin atau tidak selesa. Tayar jenis ini menjadi penyelesaina yang sangat baik dan sesuai digunakan untuk bekerja kerana berkualiti tinggi dan mencengkam jalan raya bertar dengan baik.

  • Ketahanan Bateri

Ini bergantung kepada jenama dipasaran . Ada yang menggunakan kuasa bateri yang bertahan sehingga 8jam atau 30km, ada juga yang kurang daripada itu. Contohnya jenama Fresco Electric Wheelchair Lightweight With Back Controller yang mempunyai ketahanan bateri sehingga 15km ke 20km.

 

TIPS MEMILIH SEBELUM MEMBELI

Kami akan tunjukkan beberapa tips yang perlu anda teliti supaya anda “alah membeli menang memakai” sebelum membuat pembelian. 

  • Periksa Brek

Duduk dahulu di atas kerusi roda elektrik anda, sebelum duduk pastikan pedal atau tuas brek berada di kedudukannya supaya kerusi tak bergerak apabila anda ingin duduk. Kemudian adalah mudah untuk anda mencapai brek tersebut sama ada jenis brek pedal kaki atau tangan.

  • Kedudukan Tangan dan Kawalan Kendiri

Ini penting kerana anda pasti tidak mahu tangan anda keletihan saat anda menggunakan kerusi roda elektrik tersebut. Duduk diatas kerusi dan cuba letakkan pergelangan tangan anda dalam keadaan posisi tegak kepala. Jadi ia boleh mengelakkan tubuh anda jatuh jika anda tidak berupaya untuk duduk dengan sendiri.

  • Plat Kaki atau Tempat Letak Kaki

Periksa adakah plat kaki boleh dilipat, dilaras atau ianya mengganggu anda. Anda pasti ingikan keselesaan saat menggunakan kerusi roda elektrik anda. Plat tersebut perlulah tidak mengganggu saat anda ingin naik ke atas kerusi roda elektrik atau turun dari kerusi tersebut. 

  • Periksa Paparan

Pastikan anda boleh melihat status bateri anda dan ada paparan yang disediakan supaya mudah anda menguruskan waktu untuk pengecasan terutamanya jika kerusi roda elektrik ini untuk kegunaan bekerja. 

KESIMPULAN

Nah anda dah pun tahu panduan dan tips membeli kerusi roda elektrik supaya anda tidak membazirkan kepada sesuatu yang anda benar-benar perlukan tapi tidak memenuhi kehendak dan keperluan anda. Kenalpasti mengapa anda memerlukan atau pengguna itu memerlukannya. 

Sekarang anda dah tahu beberapa tips yang kami berikan untuk rujukan anda apabila ingin membeli kerusi roda elektrik. Selamat memilih dan membeli yang terbaik.

Leave a Reply